KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 29, 2008

Bagaimana aku nak caya pada polis?

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ada memberikan kenyataan tentang bahan bukti yang terbaru oleh Malaysia today. Menurutnya, “Pihak polis dengan tegas menafikan kenyataan tidak berasas seperti yang terkandung dalam artikel tersebut,”. Kalau lah Raja Petra menipu dan Kalau lah Anwar seorang pembohong, bagaimana dengan kenyataan berikut,

Mahkamah arah kerajaan bayar ganti rugi ekoran kematian tahanan

Dengan keputusan ini juga, Tamil Selwee berjaya dalam tuntutannya untuk empat deklarasi iaitu bahawa kematian anaknya M. Ulaganathan yang meninggal dunia pada 21 Julai 2003 dalam jagaan polis adalah disebabkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), bahawa kematian Ulaganathan adalah disebabkan kemungkiran tanggungjawab PDRM, bahawa kematian Ulaganathan adalah disebabkan kecuaian PDRM dan kematian Ulaganathan adalah disebabkan oleh pengabaian melampau PDRM.

Pada 17 Julai 2006, Tamil Selwee, 50, menfailkan pernyataan tuntutan bagi memohon empat deklarasi itu dan gantirugi oleh mahkamah atas dakwaan kematian anaknya semasa dalam tahanan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang disebabkan kecuaian PDRM.

Beliau menamakan Ketua Polis Negara, Ketua polis Negeri Selangor, Ketua Polis Daerah Kajang dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, beliau mendakwa sebelum anak lelakinya ditahan polis pada 12 Mei 2003, anaknya berada dalam keadaan baik tetapi apabila dia pergi melawat anaknya di lokap polis pada 23 Mei 2003, anaknya dalam keadaan kesakitan teruk terutama semasa berjalan, mata bengkak dan lebam dan anaknya mengadu tiada selera makan.

Tamil Selwee mendakwa, beliau sekali lagi pergi melawat anaknya pada 30 Mei 2003 dan mendapati anaknya masih dalam keadaan yang teruk sebelum meninggal dunia pada 21 Julai 2003. - Utusanmeloya
Aku ni cukup jahil tentang polis dan minta kepada sesiapa tolong berikan kaedah, bagaimana aku nak caya pada polis? Kalau ada bukti bahawa polis tidak menganiaya manusia ... mungkin persepsi akan berubah dengan sendiri.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive