kickdefella | ....Selepas PRU12, bekas Ketua Bahagian ini bertemu Abdullah dan menyerunya supaya berundur. Abdullah sebaliknya berhujah selama 90 minit tanpa terlelap mempertahankan polisinya dan mengapa dia harus kekal sebagai Presiden UMNO. Di penghujung 90 minit itu, Abdullah mendedahkan kepada bekas Ketua Bahagian tentang satu insiden yang akan berlaku pada Ogos 2008. Bekas Ketua Bahagian yang tamak ini akhirnya menyedari dia akan bertambah-tambah senang jika dia menunggang Abdullah berbanding dengan Najib lalu, dia mencadangkan supaya PAS ditonggang untuk tujuan ini supaya tuduhan memecahbelahkan Malaysia kelak dihumban pada PAS. Abdullah tersenyum mendengar cadangan itu lalu bekas Ketua Bahagian itu berkata Dah Main Belakang Kot? Dan mereka pun gelak sekuat-kuatnya mengenangkan apa yang akan berlaku.
Bagi mengangkat premis ini, Abdullah menggerakkan plotnya dengan mengumpan PAS didalam Muqabalah menerusi perjumpaan kedua di Parlimen dalam satu sessi orgi diluar aturan tabii yang dirahsiakan dari pengetahuan pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO.
Pada waktu yang sama bekas Ketua Bahagian itu telah membocorkan kepada seorang broker politik Pakatan Rakyat bahawa Anwar Ibrahim akan didakwa pada Ogos 2008. Pendedahan ini dibuat tanpa pengetahuan ana-anta tetapi diatur dengan rapi supaya ia akan sampai juga pada ana-anta sebelum pertemuan seterusnya. Jelas sekarang, tujuan bekas Ketua Bahagian berbuat demikian adalah bagi meyakinkan ana-anta bahawa Pakatan Rakyat akan tumbang kerana Anwar Ibrahim akan kembali ke penjara. Ana-anta yang telah diketahui umum begitu tidak berminat dengan Anwar Ibrahim tentu lebih yakin bahawa PAS perlu tinggalkan Pakatan sebelum Pakatan tumbang.
Maka apabila pertemuan seterusnya berlatarbelakangkan senario beberapa pengakuan bersumpah yang melontarkan pelbagai dakwaan terhadap Najib Razak, Abdullah menggunakan kesempatan itu menyakinkan ana-anta bahawa dia perlukan sokongan padu orang-orang Melayu untuk membersihkan kerajaan daripada segala kotoran.
Abdullah merayu sokongan ana-anta demi Melayu dan demi Islam supaya bersamanya untuk memberikannya kekuatan untuk bertindak. Umpan ini nampaknya semakin mengena sehinggalah ia terbocor kepada media dan sehinggalah Mursyidul Am PAS terhidu sesuatu yang tidak kena.
Sebenarnya Abdullah merancang untuk membunuh Najib Razak dan menutralkan Anwar Ibrahim dengan menggunakan PAS. Tetapi PAS tidak akan main belakang. PAS bukan parti main belakang. Yang main pintu belakang hanyalah ana-anta. Yang kini sudah secara terbuka mengaku tidak mempercayai Anwar. Yang sehingga kini belum memohon maaf secara terbuka setelah di bangunan Parlimen menafikan ada perjumpaan diantara UMNO dan PAS.
Apakah Abdullah tahu bahawa Najib Razak sedang merancang sesuatu untuk mematikan Anwar Ibrahim, setelah Abdullah sendiri memberi talian hayat kepada Anwar selepas pilihanraya 2004? Lalu Abdullah bertindak bijak (sesuatu yang tidak dimilikinya) dengan menangguk di air yang dikeruhkan dengan pelbagai pendedahan Anwar dengan Najib?... selanjutnya.
no2umno - Kecoh Anwar akan bertanding di Kulim ... soalnya, sempat ke dia bertanding ketika SPR masih seperti dulu? Aku ragu ragu ...
NAK BLOCK BUAT APA.
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment