KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 29, 2008

Pak Ali kecewa anaknya tidak dirogol

http://gallery.photo.net/photo/5363477-lg.jpgPak Ali mempunyai seorang gadis manis. Namanya Millah anak sulung hasil perkahwinannya dengan isteri tercinta. Kesemua anak Pak Ali seramai 6 orang dan Milah adalah harapan keluarga. Walaupun Milah tidak bekerja, Pak Ali mengharapkan anak sulongnya itu di pinang oleh jejaka tampan, anak penghulu seberang bernama Kassim. Kassim orang kaya, kereta nya besar besar. Rumah nya macam istana dan tanahnya berkeping keping luasnya.

Kecantikan Milah memang tiada bandingan. Melintas sahaja Milah di depan, mata bakal tidak berkedip. Kedipan mata walau sesaat memang merugikan. Langkahnya yang tersusun, belah kainnya sampai ke lutut mendedahkan kulit yang putih dan licin memang cukup mengiurkan mata memandang. Rambut Milah tersisir rapi. Bibir nya jingga dan alis matanya cukup menawan. Kalau Pak Haji yang terlihat, boleh tercabut serban dibuatnya. Berapa ramai anak teruna kampung yang jatuh motor, terperosok di dalam kebun apabila melihat Milah berjalan kaki seorang diri di waktu petang. Jelingan mata Milah sudah cukup buat orang tak tidur malam.

Sayangnya Pak Ali adalah orang miskin. Pak Ali sering pening kepala memikirkan masa depan keluarganya. Bagaimana hendak menyara anaknya itu. Bukan milah seorang yang perlu di bela. Sawah kering kontang dan padi tidak menjadi pula tahun ini. Setiap hari Pak Ali akan bekerja membantu orang kampung tak kira siang dan malam hanya untuk menyara keluarga. Kalau di takdirkan Milah bertemu jodoh, Pak Ali bakal bergolok bergadai.

Di sebabkan Pak Ali balik jauh malam, Milah duduk dirumah bersama 5 orang adiknya yang masih lagi bersekolah. Selalunya Milah akan menjahit dan menganyam bunga tempahan orang kampung sehingga lewat malam. Sering menjadi mangsa intai anak anak bujang di kampung. Pak Ali juga sering terserempak pemuda pemuda yang lari lintang pukang ketika waktu pulang. Ramai yang sudah tertangkap kerana mengintai anak daranya itu. Dalam marah, Pak Ali berbangga kerana anak gadisnya itu menjadi idaman jejaka kampung.

Hari ini, Pak Ali bernasib malang apabila sekembalinya ke rumah, kelihatan Milah menangis teresak esak. Anaknya yang lain dikunci di bilik sambil menjerit jerit minta dibuka pintunya. Rambut Milah kusut masai dan bajunya koyak rabak. Terdapat garisan tangan di pipi Milah dan airmatanya mengalir tanpa henti. Pak Ali terkejut dan bertanya .... "Apa yang berlaku Milah?!!!" Jawab Milah terketar ketar sambil teresak esak, "Abah !!! Milah di cabul..... ohhhhhh mmmmmm." Sejurus mendapat jawapan Milah, Pak Ali terjelepok, lemah dan longlai. Lemah seluruh tubuh dan dunia Pak Ali menjadi gelap.

Tidak lama kemudian, Pak Ali bergegas membawa milah ke Klinik daerah yang terletak lebih kurang setengah kilometer dari rumah. "Ijam, kau jaga adik adik ... Ayah nak bawa kak Milah kau ni ke klinik!!, tegas Pak Ali.

Sejurus sampai ke klinik, Pak Ali terus memanggil doktor untuk membuat pemeriksaan.

Sedang menanti, Milah bertanya ... "Abah kenapa kita ke klinik? Bukan kah patut kita ke balai polis dulu?" Masih marah, Pak Ali menjawab, " Kau diam Milah. Abah nak Doktor periksa kau dulu."

Selepas selesai pemeriksaan oleh Doktor, Pak ALi menanti keputusan sambil merenung jauh ke depan. Di dalam kepala dia teramat runsing kerana angan angannya untuk menikahkan Milah dengan Kassim bakal gagal. "Bagaimana kalau Milah sudah tiada dara!!!, " di dalam hati Pak Ali bagai meronta ronta.

Sedang menggeleng geleng kepala .... Doktor memanggil Pak Ali ke dalam pejabat. Orang tua itu dengan berat hati melangkah memasuki ruang pejabat yang bauan obatnya cukup kuat.

Lapuran pemeriksaan tubuh Milah

"Duduk Pak Cik ... bertenang. Saya nak pakcik dengar baik baik penerangan dari saya", kata Doktor Mat. Pak Ali tidak sabar mengetahui apa keputusan pemeriksaan anaknya dan berkata, "Bagaimana Tuan Doktor?" "Sabar Pak cik .... Ini lapuran pemeriksaannya. Anak Pakcik TIDAK di rogol.", kata Tuan Doktor. "Apa !!!????", jawab Pak Ali dengan muka merah padam. Hidungnya kembang kempis tak karuan.

Pak Ali tanpa berlengah lagi menjerit memaki hamun Doktor tersebut. "Kenapa tidak di rogol !!!? Apakah Tuan doktor sudah memeriksa dengan betul? Tuan Doktor jangan tipu saya !!!". Doktor Mat ketakutan dengan sikap Pak Ali yang menjerit jerit tidak tentu pasal.

"Sabar Pakcik ... saya er er er sudah periksa kesemuanya dan anak pakcik masih dara. Tidak dirogol dan tidak berlaku sebarang penganiayaan seks.", jawab Doktor Mat sambil terketar ketar. Pak Ali mencampakkan kerusi ke dinding, lalu keluar. Menarik tangan anak gadisnya dan terus memasuki kereta dan berlalu.

Doktor Mat terpinga pinga. "Pelik orang tua tu ... kita mahu anak kita selamat, tapi dia mahu anaknya di rogol."

Di dalam kereta, marah Pak Ali tidak reda. Di dalam kepalanya semakin berkecamuk. Milah yang pening duduk sebelah berkata ... "Kenapa Abah marah? Kan milah masih suci." Jawab Pak Ali ... "Milah, kalau kau di rogol, abah tak payah buat kenduri. Tapi kalau kau masih suci ... mana abah nak cari duit untuk majlis itu nanti?"

Milah kerutkan dahi, dalam hatinya berkata " Bapak aku ni betul ke?"

7 comments:

Anonymous said...

Wak anak pakcik tu namo Milah ko Saiful?

Anonymous said...

Tunang aku tu.

Anonymous said...

Yang intai tu bukan aku

Putra IJ80 said...

Subhanallah.....takutnya kita mendengar crte-crte begini,tapi realiti nya ini lah yg.berlaku dan yang kita hadapi sekarang ini,.

Ada crte saorang ayah menyesali kematian anak luar nikah,kerana kematian itu menyebabkan dia tak dapat harta yang dijanjikan oleh pelakunya untuk cover kejadian itu,.

Bukan menanggis kerana anak perempuannya di lakukan begitu.

Anonymous said...

Orang sekarang tak ingat tuhan lagi dah......

LELAKI-POWER said...

nak wat cm ner...

pisang goreng 115,NF said...

** ketawa sampai berguling guling **

Posting terkini

Blog Archive