MStar | Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali berkata, tawaran itu adalah bagi menyahut saranan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Umno dan PAS dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.
"Umno Perak mahu memulakannya dengan langkah pertama ke arah penggabungan. Ini langkah awal elak perpecahan Melayu dan bagi mewujudkan kestabilan politik serta sebuah kerajaan negeri Perak yang lebih kukuh," katanya kepada pemberita di pejabat Umno Perak di sini.
Bagaimanapun Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari PAS dengan tegas menolak cadangan yang dikemukakan oleh Tajol itu.
“Pada PAS, kami akan bersama Pakatan Rakyat buat selama-lamanya. Kami tidak akan berpasangan dengan mereka (Umno). Kami adalah Pakatan Rakyat, komposisi PAS, DAP dan PKR," kata beliau pada sidang di sini.... selanjutnya.
NAK BLOCK BUAT APA.
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment