KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 27, 2008

UMNO mesti amal Islam tulen untuk joint PAS

Korang jangan terpedaya dengan tajuk berita. Apa kata TG Nik Aziz tentang muzakarah PAS UMNO sudah cukup jelas. Tiada muzakarah !!! Tapi keesokan harinya Utusan Meloya dan beberapa media lagi terus mainkan melodi yang sama. Pada mereka rakyat mesti terus di tipu. Kalau tak tipu, UMNO tak boleh hidup.

Ada manusia yang baca tajuk berita. Isi kandungan tak payah jenguk, buang masa. Macam berita ini. Nik Aziz: Bubar Umno dan PAS, tubuh parti baru

Kalau baca isinya, maksud sebenarnya lain ....

nik azizMursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mencadangkan supaya Umno dan PAS dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.

Beliau berkata Islam menepati semua matlamat perjuangan termasuk politik dan perlu dijadikan asas kepada perjuangan mana-mana parti politik yang inginkan kepada perjuangan sebenar.

"Umno bubar PAS pun bubar, tubuh parti lain dengan syarat berdasarkan kepada Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan ke-37 di Machang hari ini
Dah baca ... kita kena pikir. Sanggupkah Rosmah pakai tudung, tutup rambut sarang tebuan? Sanggupkah Azalina menjadi seorang wanita sejati dan mungkin isteri mithali? Sanggup ke pemimpin BN buang botox di muka untuk menjadi HALAL? Sanggup ke mereka buang semua kekayaan untuk masuk PARTI yang berlandas kan Islam? Tu korang kena kaji dan aku berani kata, UMNO tidak akan ubah kepentingan diri.

Itu sebab diorang cipta ISLAM HADHARI.

Dan kerana itu kita jangan meloncat bila dapat tahu berita bercanggah kerana kita tak baca isi, cuma baca tajuk.

1 comments:

bidaralina said...

Berdasarkan pandangan peribadi TGNA yang disiarkan melalui media, kita ni ibarat nak menamatkan zaman bujanglah.

Bakal pasangan, sememangnya kita telah lama kenali baik perangainya, baik tingkahlakunya, baik komunikasinya, baik hati budinya, baik budi bahasanya dan baik sikapnya (baik bukan bermaksud baik, tetapi menunjukkan semua halnya telah diketahui dan dirasai dari jauh sebelum berumah tangga).

Apa yang saya maksudkan dengan menamatkan zaman bujang ialah, kedua-duanya mesti bersedia meninggalkan rumah asal untuk hidup bersama dirumah baru selepas diijabkabulkan nanti (setelah menunaikan rukun dan syarat yang ditetapkan syarak dan adat).

Kita kenal diri kita melalui didikan dan pengalaman dari keluarga kita. Semua orang puji kita. Kita baik, kita taatkan Allah, kita tak zalim, kita tak rasuah, kita tak menindas dan semuanya kita dipuji.

Sebaliknya bakal pasangan kita ni, kita dah tahu, orang kampong dah tahu dan orang luar negeri pun dah tahu. Jika ditanya buruk belaka jawapannya, tak ada yang baik.

Oleh kerana nak cuba betulkan keadaan, kita tawarkan diri untuk mendekatinya dan terus berkahwin. Dengan harapan dapat diubah segala-galanya yang tidak betul tadi.

Dalam lain perkataan, tinggalkan selimut lama dan dapatkan selimut baru. Tinggalkan rumah lama dan duduk pula di rumah baru. Yang berubah ialah rumah dan selimut sahaja. Tetapi yang duduk didalammya orang itulah juga yang kini menjadi pasangan hidup baru.

Saya tak dapat bayangkan, kita yang jujur ini akan dimangsakan oleh pasangan kita. Sewaktu berpindah, kita bawa sejadah masuk ke rumah baru dan dia pula bawa peti TV. Waktu sembahyang kita sembahnyang dan dia pula akan tengok TV. Jadi macam mana nak betulkan keadaan. Silap-silap kita tinggal sembahyang dan pergi nonton TV pula.

Sedangkan kita pernah duduk dirumahnya sebelum berkahwin beberapa tahun dahulu. Dengan penuh muslihat dan sombong kita diusir keluar tanpa belas kasihan.

Jadi lebih baik tak berkahwin. Dalam keadaan ini kahwin bukan penyelesaiannya dan muafakat yang ada sekarang di kalangan PR lebih menguntungkan PAS. PKR dan DAP.

Jangan keruhkan hubungan baik dalam gabungan PR ini, silap-silap langkah PAS akan melepas.

Posting terkini

Blog Archive