Di ambil dari FOMCA
Tu satu dari rungutan Pelanggan kepada syarikat Ananda Krishan, kroni Mahathir dulu. Sekarang kuasa pelanggan dah tak ada. Yang ada kuasa syarikat kroni yang memonopoli perniagaan. Yang terus kena adalah rakyat dan pelanggan.
Saya ingin membuat aduan mengenai talian khidmat pelanggan yang digunakan oleh pihak Astro.Saya telah membayar caj bulanan saya sebanyak RM60,tetapi perkhidmatan Astro saya dihentikan.
Oleh yang demikian saya terus menghubungi talian khidmat pelanggan astro(1300 82 3838) namun panggilan saya tidak dilayan.Lebih kurang 10 kali saya menghubungi Astro,namun gagal untuk disambungkan kepada operator,(talian sedang sibuk).
Saya amat kecewa dengan pihak astro kerana walaupun gagal bercakap dengan operator tetapi bil kredit telefon saya ditolak dengan banyak.Saya rasa ditipu seolah-olah caj bulanan yang dikenakan tidak berbaloi dan perkhidmatan yang diberikan amat mengecewakan.
Caj bulanan sudah dibayar namun saya masih tidak dapat menggunakannya. Apa yang diinginkan oleh pihak astro sedangkan talian yang digunakan gagal membantu pengguna seperti saya? - Fomca
Aku yang sudah melanggan ASTRO sejak lama dulu, memang selalu kena tipu. Oleh kerana selalu kesempitan wang, Siaran ASTRO kerap di potong. Dah jadi lumrah, kalau tak bayar, di potong. Tapi kalau di kaji, banyak prosidur yang mereka tetapkan tidak memihak kepada pelanggan langsung.
Dah la kena bayar RM20 untuk penyambungan, selepas dibayar, penyambungan akan di buat di dalam tempoh 4 hari selepas tarikh pembayaran. Kalau dulu cukup sekadar beritahu nombor resit pembayaran dan jumlah kepada operator ASTRO, sekarang kena pastikan wang masuk dulu ke akuan diorang, baru diorang nak sambung. Untuk dapatkan operator pun satu masalah. Bil talipon melambong, talian operator tak di sambung. Dah dapat cakap, terhegeh hegeh nak sambung siaran. Bukan diorang datang rumah untuk sambung siaran. Mereka hanya bekerja di center, picit punat, maka siaran pun ada. Kekadang rasa seperti sengaja di lambatkan.
Duit dah bayar, tunggu 4 hari. Di dalam tempoh itu, tiada siaran. Sedangkan bil pada bulan tersebut, ASTRO tak tolak pun caj jumlah ASTRO tidak digunakan. Kalau penyambungan hanya di buat selepas 4 hari, maka di dalam tempoh itu lah pelanggan berada di dalam kerugian kerana bayar bil bulanan tapi siaran. Kalau sebulan RM90.00, sepatutnya, bill yang anda akan dapat adalah RM90.00 - [2hari bil] = RM84.00. Tapi realitinya, RM90.00 + [penyambungan RM20.00]= RMRM110.00. Yang untung masih lagi ASTRO dan yang rugi masih lagi pelanggan.
Kita tidak salah melanggan ASTRO. Seperti kita membeli kenderaan. Beli atau tidak, itu hak pengguna dan rakyat. Kalau mampu, langgan, kalau tidak, tak payah. Tapi .... tidak ada pihak yang benar benar berkuasa untuk membela pelanggan. Pelanggan yang melanggan kerana terdorong kepada iklan dan promosi yang di pamerkan. Tapi selepas di langgan, ASTRO tolak ketepi hak pengguna, dan mereka terus mencari pelanggan baru.
Di luar negara, sekiranya pelanggan membeli barangan, mereka di lindungi oleh hak pengguna. Sehinggakan penghisap rokok masih boleh saman pengilang selepas mereka sakit kerana menghisap rokok. Alasannya, mereka di tipu oleh iklan merokok. Kalau nak bandingkan hak kita dengan mereka di luar sana, kita dah lama terbiar. Persatuan tak cukup power, kerajaan pun tak ambil tahu. Itu sebab orang kata, rakyat Malaysia ni bodoh bodoh semuanya. Mudah terpedaya dengan iklan syarikat, tapi dibiarkan berjuang sendiri. Termasuk lah aku.
1 comments:
boikot aje... tak perlu ada astro. Rakyat Malaysia boleh jimat duit RM 60 sebulan dikala kesesakan hidup sekarang nie...Media pilihan terlalu banyak sekarang nie - AOL, youtube, etc. Berbeza dgn kami di UK, banyak pilihan - berpuluh TV digital, sykt utiliti, broadband, cellular etc. Memang betul kata tuan - hak pengguna di Malaysia sangat jauh pembelaannya berbanding dgn di negara lain - mcm saya di England. Hidup Malaysia Baru! September nie ke... dengar cerita?
salam dari UK.
Post a Comment