palestinkini - Pergerakan Hamas memberi amaran bahawa dengan sikap tidak ambil peduli akan masalah kemanusiaan di Gaza, negara-negara Arab dan komuniti antarabangsa akan menanggung akibat yang serius serta dunia harus dipertanggung jawabkan diatas kesan dariapda sikap ini.Didalam kenyataan akhbar yang diterima oleh PIC, jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum, menggariskan kegagalan berterusan pihak Arab dalam mengambil langkah berani untuk menghapuskan sekatan keatas Gaza adalah hasil daripada tekanan pihak Amerika yang dikenakan kepada mereka.
“Kami ingin memberi peringatan bahawa dengan meneruskan polisi yang tidak adil ini keatas rakyat kami yang mengakibatkan tekanan yang amat serius kepada sejuta setengah rakyat Palestin di Gaza sepatutnya dapat dibaca oleh semua pihak, dan ianya tidak masuk akal dimana dunia terus menerus hanya melihat rakyat kami disembelih dan menamui ajal dengan cara ini”, kata Barhoum.Jurucakap itu menyeru kepada pihak antarabangsa and organisasi hak asai manusia untuk menghantar deligasi mereka ke Gaza untuk membiasakan diri dengan realiti situasi yang tragis ini. more...
Apr 7, 2008
Dunia bertanggungjawab akibat daripada tidak peduli tragedi Gaza.
Labels: palestin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment