KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 7, 2008

Apakah Umno 'dimansuhkan' baru tahanan ISA akan bebas?

Harakahdaily - "Saranan MIC supaya kerajaan membebaskan lima aktivis Hindraf yang ditahan mengikut ISA ,dibuat secara ikhlas atas dasar perikemanusiaan..."

Inilah antara kata-kata yang tertera di muka 6 akhbar Berita Harian pada,Rabu 2 April 2008 yang lalu.

Menarik juga saranan ini walaupun ianya dibuat setelah MIC kalah teruk dalam Pilihan raya Umum ke-12 yang baru saja berlalu dan orang yang membuat seruan itu, sudah tidak punya kuasa dalam kerajaan.

Ya, saya percaya, seruan itu dilakukan secara jujur. Namun, suka saya menyebutkan, sepatutnya bukan setakat MIC saja, malahan semua parti politik yang ada di Malaysia ini, sepatutnya sama-sama tampil dengan saranan dan seruan masing-masing supaya semua tahanan ISA dibebaskan, ISA dimansuhkan dan elok tutup saja Kem Kamunting yang telah menjadi tempat tahanan tanpa bicara kepada ramai ahli politik, ahli akademik dan rakyat Malaysia yang tidak berdosa.

Selama ini, Parti PAS sentiasa konsisten, atas dasar perikemanusiaan, menyeru supaya semua tahanan ISA tanpa mengira kaum, agar segera dibebaskan .Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum, KeADILan dan juga Lim Guan Eng Setiausaha Agung DAP yang kini Ketua Menteri Pulau Pinang, kedua-duanya pernah ditahan dibawah ISA, juga membuat seruan yang sama.

MCA masih membisu dalam isu ini, manakala Umno secara terus-terang melalui lidah para pemimpinnya (cari kata-kata mereka di Media arus Perdana),menyatakan mereka amat memerlukan ISA untuk memastikan "keselamatan Negara" tidak terancam.

Umno, sebuah parti yang selalu mendakwa memperjuangkan nasib orang Melayu yang majoritinya beragama Islam, seharusnya memberi contoh yang baik kepada parti lain, terutama dalam usaha mempertinggikan nilai-nilai kemanusiaan dan sepatutnya sanggup atau bersedia mendengar keluhan rakyat yang sedar dengan kezaliman ISA dan seterusnya menggantikan akta zalim itu dengan undang-undang lain yang sedia ada di Negara kita. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive