KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 7, 2008

Rupanya Umno kalah bukan kerana Dollah


Roslansms - Rupa-rupanya kenaikkan kos hidup yang menggila, kes jenayah yang melambung, rasuah, kronisma, nepotisma, salah guna kuasa, pimpinan yang longgar dan runtuh moralnya, diskriminasi, kepimpinan yang lemah semuanya bukan faktor utama kejatuhan Umno dan BN dalam PRU ke 12 lalu. Sekurang-kurangnya itulah pendirian terkini Presiden Umno Dollah Badawi.

Sesiapa yang mengikuti sidang akhbarnya selepas sesi khas bersama jentera penerangan Umno di PWTC siang tadi akan mendapati bahawa Dollah tiba-tiba menemui dua faktor baru yang baginya lebih utama dan besar menyumbang ke arah kekalahan partinya. Pertamanya kerana sabotaj dalaman, manakala keduanya bersandar pada gelagat dan aksi bekas bosnya, Tun Dr Mahathir.

Bermakna bukan Dollah yang silap, bukan juga menantunya Khairy, bukan mereka yang dikeliling-kelalangnya, bukan kegagalan mereka, bukan perangai mereka, yang silap dan perlu dipersalahkan adalah sabotaj orang-orang Umno sendiri disamping perangai Tun Dr Mahathir.

Kata Dollah akibat sabotaj orang-orang Umno, BN hilang 14 kerusi Parlimen dan 22 DUN di Kedah dan Perak yang dianggap selamat. Jika tiada sabotaj ini pastinya BN tidak hilang 2/3 majoriti di Dewan Rakyat dan pastinya juga Kedah dan Perak tidak jatuh ketangan Pakatan Rakyat. Dengan penemuan baru ini, Umno dijangka akan bertindak terhadap ahli-ahli mereka yang merupakan petualang dan penderhaka perjuangan keramat mereka. Ramailah nanti yang akan disembelih kerana mereka dan bukannya Dollah,rupa-rupanya yang mengakibatkan Umno kalah!

more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive