Harakahdaily - Menurut Exco Hal Ehwal Agama, Adat Istiadat dan Infrastruktur Perkhidmatan Awam, Dato' Dr Hassan Ali semua ahli Exco yang baru mengangkat sumpah tidak berminat untuk tinggal di rumah Exco yang dibina ketika BN/Umno memerintah Selangor.
"Kita belum pastikan lagi sama ada rumah itu mahu disewakan atau dijual tetapi yang pastinya tidak ada Exco yang akan masuk ke situ. Tiada Exco yang menukar kereta baru, mengubah bilik atau melakukan sesuatu dalam sebulan ini. Pada saya walaupun kecil tetapi amalan ini tidak biasa pada pimpinan BN/UMno," katanya.
Dalam tempoh sebulan Pakatan Rakyat (PAS, KeADILan dan DAP) memerintah Selangor katanya, Menteri Besar dan Exco telah menghadkan pemberian tanah kepada individu dan hanya diberikan kepada institusi.
Kerajaan Selangor akan membatalkan langsung pembangunan di tanah cerun bukit, pembangunan yang dikatakan sebagai katogeri tiga dan empat yang melebihi 35 hingga 25 peratus kecerunan yang BN/Umno tidak pernah lakukan, tegasnya. more...
0 comments:
Post a Comment