Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta tarikh Hari Kraf Kebangsaan pada masa akan datang ditetapkan ketika musim percutian bagi masyarakat Eropah dan Asia Barat.
Perdana Menteri yakin sekiranya perkara itu dilakukan hasil jualan kraf akan lebih tinggi kerana kemasukan beramai-ramai pelancong dari luar negara.
Rujuk: PM cadang tukar tarikh hari kraf
No2umnO- Maka peninglah para wartawan mencari content menarik dari wawancara dan temubual bersama PM untuk dijadikan tajuk berita. Dek kerana kekosongan point, terpaksalah wartawan memilih antara banyak banyak patah perkataan yang terhambur untuk digandingkan bersama lapuran PM pada Hari Kraf.
Semuanya KERNA TERPAKSA. Dan untuk tidak mengosongkan berita, ini lah hasilnya. Hari Kraf pada hari cuti masyarakat Eropah dan Asia Barat. Aduh pening .... bila kah tarikh yang sesuai itu? .... 1 hari dalam setahun dan ia mesti merujuk kepada cuti Eropah dan Asia Barat. Nak buat camane...itu je yang boleh PM cadangkan. Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan sekarang adalah Datuk Mohd. Shafie Apdal ..... so tahu lah apa yang bakal Shafie buat. Ketuk, sikit jalan. Ketuk, sikit jalan. Tanya orang BN, mereka akan jawab, cadangan PM sungguh baik atau ..... PM dan Shafiee adalah gandingan yang hebat. Senang cakap, susah nak buat.
Apr 7, 2008
SATU LAGI JASA PM .... CADANGAN TUKAR TARIKH HARI KRAF
Labels: Alahai Dollah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment