MStar | Peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah hari ini membuat laporan polis terhadap penulis blog "Malaysia Today" Raja Petra Kamaruddin berhubung tiga artikel yang dimuatkan dalam blog itu yang didakwanya mengandungi tuduhan tidak berasas terhadap dirinya.
Muhammad Shafee membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Dang Wangi di sini pada 6.20 petang.
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Muhammad Shafee mendakwa tiga artikel itu yang masing-masing bertarikh 6,7 dan 11 Ogos yang bertajuk 'Abdullah: Sodomologist Extraordinaire', 'Money, Power and Sex: What Motivates Man' dan 'The Real Dalang Behind The Anwar Sodomy Allegation', mempunyai beberapa tuduhan yang tidak berasas terhadap beliau dan pihak polis.
"Saya menyifatkan kesemua artikel terbabit sebagai hasutan yang amat serius," katanya.
Katanya, beliau juga akan menyaman 45 orang yang memberi komen berhubung artikel itu yang didakwanya juga berbentuk hasutan dalam blog itu.... selanjutnya.
Aug 18, 2008
Peguam buat laporan terhadap Raja Petra
Labels: Raja Petra
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment