KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 3, 2008

Debat PERJUANGAN MELAYU !!!

Seperti biasa bila wujud suara liberal akan muncul kumpulan ektremis atau ultra. Kumpulan ini sudah menuntut lebih banyak hak orang Melayu dikembalikan semula. Sudah ada suara mahu bahasa Malaysia kembali ditukar kepada bahasa Melayu, sistem kuota di universiti di kembalikan. Malahan ada juga yang sudah mendesak kerajaan turut mengkaji mewujudkan sistem kuota pekerja mengikut peratusan kaum di syarikat swasta,

Pada hemat saya, orang Melayu perlu mengekalkan suara moderate atau sederhana seperti UMNO hari ini. Melayu yang ultra bukan sahaja tidak membantu perkembangan kemajuan negara, malah akan terus melemahkan kuasa Melayu. Ini kerana ramai golongan terpelajar Melayu sendiri tampaknya tidak lagi menerima idea-idea eksterim ini.

Manakala idea Melayu liberal yang terbuka ini sungguhpun tampak idealis tetapi tidak akan mendatangkan keadilan dalam masyarakat majmuk seperti negara kita.

Ketika Melayu menjadi liberal, saya percaya akan muncul kumpulan-kumpulan ultra bangsa lain seperti Hindraf dan Dong Jia Zhong. Mereka mahukan orang Melayu menjadi liberal tetapi mereka sendiri bergerak ke arah ultra. - selanjutnya drkhir
Usah cerita tentang perjuangan Islam kerana UMNO terlalu janggal untuk digandingkan dengan perkataan itu. Mereka lebih mesra dengan perjuangan Melayu. Tetapi tulenkah perjuangan mereka? Adakah Khir Toyo layak menjadi pejuang melayu atau setakat kokok sendirian tanpa ucap balas. Perjuangan selepas bergelar Bekas Menteri besar.

Ada berita yang memberitahu, AMK keadilan Selangor sedang di dalam usaha menguji ketulenan jantan dan melayunya pemimpin UMNO selangor ini dengan mengaturkan acara DEBAT antara,

Saudara Shamsul Iskandar Mat Akin [Ketua AMK Pusat]
dan
DS Khir Toyo

di dalam Topik, PERJUANGAN MELAYU

Kita akan dapat kan maklum balas dari Angkatan Muda Keadilan Selangor di dalam sedikit masa lagi.... Tunggu. Tentunya menarik kerana jika pelawaan ini ditolak ..... Khir Toyo tak payah bercerita lagi tentang Bangsa melayu. Kalau alasannya sibuk ..... maka tidak lah logik kerana masa sibuk beliau sudah lama berlalu.

1 comments:

hafiz said...

tak kesahlah melayu atau bukan melayu. orang melayu mendapat rangking teratas paras kemiskinan tertinggi. ini membuktikan umno gagal setelah 50 tahun memerintah. mana perjuangan mereka selama ni!? semuanya untuk perut dan bawah perut demi perut-perut anak bini diaorang....kebanyakan pemimpinnye korup, bacul, pemalas nak kerje... aku rela undi DAP dari umno a.k.a BN. DAP lebih malaysia dari mereka!

Posting terkini

Blog Archive