harakahdaily - Kerajaan mesti bertindak segera untuk mengemukakan permohonan semakan kehakiman (judicial review) kepada keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam tuntutan bertindih Malaysia dan Singapura ke atas Pulau Batu Puteh, kata Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar.
"Jangan nanti sehingga hampir sepuluh tahun baru hendak membuat semakan kehakiman. Jika Singapura mengukuhkan lagi cengkaman dan kelengkapan ketenteraannya ke atas pulau itu, keadaan akan semakin sukar," kata beliau.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menggesa kerajaan membuat persediaan yang lebih rapi dan menyeluruh.
"Persediaan yang ada sebelum ini bukan sahaja tidak mencukupi malah memalukan sehingga Peguam Negara Singapura, Chao Hick Tin menolak gambar-gambar yang dikemukakan pasukan Malaysia ke ICJ itu kerana gambar tersebut dikatakan telah diciplak dari blog yang juga dituduh menciplak gambar itu," kata beliau.
Mahfuz juga mempersoalkan apakah kriteria perlantikan anak Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail yang bernama Faezul Adzra sebagai salah seorang anggota pasukan Malaysia ke ICJ dalam perbicaraan mengenai Pulau Batu Puteh itu sedangkan beliau "baru habis mengaji".
"Jangan nanti orang tuduh ambil kesempatan nak melancong ke Belanda atau menyalahgunakan kedudukan," kata beliau.... selanjutnya.
Jun 3, 2008
Batu Puteh: Segera kemukakan semakan kehakiman
Labels: batu puteh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Faezul Adzra sebagai salah seorang anggota pasukan Malaysia ke ICJ dalam perbicaraan mengenai Pulau Batu Puteh itu sedangkan beliau "baru habis mengaji".
Itu "melawat sambil belajar"namanya,Puak UMNO kalau bab ambil kesempatan,memang cekap,
bukan itu saja Menteri bawa Bini sekali.
malaysia bukan bacul, malaysia cuma pondan jer tadak tulur...singaPORK hulur jer sing$ gigil pak lelah wa cakap lu.
Post a Comment