KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 3, 2008

Negeri bawah Pakatan Rakyat tunjuk sikap agresif - Mat Tyson

Mstar - [...] Negeri-negeri yang dikuasai oleh parti pembangkang selepas pilihan raya umum 8 Mac lepas menunjukkan sikap agresif dengan menukar pegawai dan menghalau agensi kerajaan keluar dari bangunan yang ditadbir mereka, Dewan Negara hari ini diberitahu.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Senator Tan Sri Muhammad Muhammad Taib berkata, ia berlaku di Selangor di mana operasi Radio Selangor FM di bawah Jabatan Penyiaran dihalau keluar dari bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

"Begitu juga mereka menukar pegawai di masjid-masjid, tukar ketua kampung. Kerajaan persekutuan memberi peruntukan kepada nazir masjid dan juga guru agama. Jadi kita kata perkara ini tak adil.

"Wakil Rakyat Barisan Nasional juga tidak dibenar merasmikan majlis anjuran Jabatan Agama Islam Selangor. Balai Raya juga tidak dibenarkan pakai. Kalau kita tak beri anak mereka sekolah di Sekolah Kebangsaan pula macam mana," katanya semasa menggulung perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, bagi kementeriannya.

Katanya, oleh sebab itu penubuhan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) di keempat-empat negeri berkenaan adalah wajar bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan projek-projek pembangunan kerajaan persekutuan di peringkat kampung.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive