KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 3, 2008

300 penduduk adakan demonstrasi bantah operasi kilang pasir

bharian - Kira-kira 300 penduduk di Kampung Bangau Parit di sini mengadakan demonstrasi memohon Kerajaan Negeri Pahang supaya campur tangan bagi memindahkan sebuah kilang pasir yang didakwa mereka mendatangkan pelbagai kesan buruk termasuk pencemaran bunyi, hakisan tebing sungai dan kerosakan jalan.

Penduduk mendakwa, kilang yang beroperasi sejak enam tahun lalu itu menyebabkan mereka mengalami masalah kesihatan seperti batuk dan berkudis, selain terpaksa hidup dalam keadaan amat berdebu.

Wakil penduduk, Ramli Mat Lela, 52, mendakwa pihaknya pernah melaporkan masalah berkenaan kepada Pejabat Tanah dan Daerah Temerloh serta Jabatan Alam Sekitar (JAS), namun tiada tindakan diambil sehingga kini, menyebabkan mereka bertindak mengadakan demonstrasi secara aman berhampiran kilang itu.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive