matsamankati - [...] Baru aku ingat, geng Umno Kuala. Masa kempen, aku hentam dia, dia hentam aku. Lepas ceramah, nak pi pekena roti canai tak ada tempat duduk. Last-last, share satu meja.
"Tak lama lagi kita berentap lagi, yob"
Berderau darah aku. "Pasai apa?"
"Mike tak baca Siasah hari ni? Anwar nak bertanding diKuala." Ini kali pertama aku tengok orang Umno baca Siasah.
"Mike percaya Sayuti tu? Sepuluh cakap dia, kot-kot ada le dua yang boleh pakai."
"Betui, yob!! tak kan mike tak tau. Kami pun dah dapat arahan suruh standby bilik gerakan. Dua hari sudah ada mesyuarat cawangan, 50:50"
Aku dah tak sabor. Ambil handphone dan terus call member PKR Kuala tanya tentang perkembangan terbaru. Member pun terus bagi tau.
"Malam esok ada mesyuarat khas, kalau senang datang la"
"Mesyuarat pasai apa?"
"Pasai jawatankuasa pilihanraya!!"... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment