KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 4, 2008

MINYAK NAIK , SIAPA YANG TERBAKAR?

warisantamar - [...] Elok benar kerajaan kita `mengajar’ mereka erti subsidi minyak yang diberikan kepada warganegara Malaysia. Kerajaan mereka tidak sekalipun berganjak atau berlembut bilamana pertikaian kedaulatan Pulau Batu Putih yang akhirnya dimiliki mereka. Entahlah kalau barisan `cerdik pandai’ mereka juga ingin membawa isu subsidi minyak ke ICJ!!!
Mungkin akan ada suara-suara sumbang mengatakan penarikan balik penjualan minyak kepada rakyat asing terutamanya di selatan Semenanjung didorong oleh `kekalahan’ Malaysia dalam isu Pulau Batu Putih. Pada saya biarkan mereka berpersepsi sedemikian jika mereka mahu. Jika ini dijadikan isu untuk mencuit perasaan rakyat Malaysia, usah kita `berlembut’ lagi. Diplomasi antara negara juga harus ada batasnya.

Ada juga mungkin melawak bahawa apakah kenaikan harga minyak pada Ogos ini adalah hadiah hari kebangsaan ke 51 kelak? Ada juga mungkin menyorot kembali kata-kata di musim PRU12 yang laLu bahawa minyak tidak akan dinaikkan sekurang-kurangnya untuk tahun ini 2008. Pelbagai polemik mungkin akan dicetuskan atas tujuan yang pelbagai. Itu juga `demokrasi bersuara’ kata sebilangan rakyat tetapi harus diingat demokrasi juga harus ada batasnya.

Mekanisme pemberian subsidi memang sewajarnya dikaji dan diperhalusi sedalam-dalamnya. Kita sedar subsidi diesel yang dilaksanakan sebelum ini juga boleh dikatakan gagal dalam erti kata sebenar. Penyeludupan dan penipuan berleluasa. Pihak yang sepatutnya menerima tidak mendapat manfaat sebenar subsidi diesel tersebut. Kesannya jumlah subsidi yang ditanggung pembayar cukai gagal menemui golongan sasarannya. Berlaku ketirisan di sana sini. Justeru, usaha kerajaan secara proaktif menangani permasalahan harga minyak amat dialu-alukan.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive