Cerita Disebalik Kenaikan Harga Minyak
msomelayu - [...]
1. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Shahrir Abdul Samad berbohong. Beliau sebelum ini tidak membayangkan minyak akan naik dalam kadar segera, paling cepat katanya Ogos sempena dengan penstrukturan semula pemberian subsidi. Dalam kenyataan akhbarnya semalam di lobi Parlimen beliau mengatakan minyak tidak naik dalam kadar segera.
Dan hari ini berkuat kuasa tengah malam ini jam 00:00 harga minyak petrol dan desel akan dinaikan. Harga petrol kini RM2.70 sen seliter manakala desel RM2.58 sen seliter.
Ternyata menteri berkenaan cuba mengelirukan rakyat dan berbohong besar dan mempermainkan rakyat. Shahrir yang sebelum ini dikenali sebagai seorang yang outspoken nampaknya sejak menjadi anggota Kabinet Abdullah juga sudah pandai berdolak dalih.
2. Ekoran kenaikan harga bahan bakar ini ia tidak dapat dielakkan akan berlaku kenaikan harga terhadap barangan pengguna lain. Kadar atau taarif baru eletrik juga sudah dibayangkan akan dinaikan. Pada 1 Julai kadar baru akan diumumkan. Kenaikan itu sebagai mangsa pertama ekoran kenaikan harga petrol dan desel.
3. Kata Abdullah tindakannya mengumumkan kenaikan harga bahan bakar itu suatu tindakan tidak popular. Ha... ha...ha... lucu. Kita mahu ceritakan kalau Abdullah tidak tahu beliau sudah lama tidak popular. Kalau beliau berbuat keputusan begitu bukan mengejutkan lagi. Seharusnya beliau membuat keputusan yang boleh mempopularkan beliau barulah mengejutkan!... selanjutnya.
Jun 4, 2008
Minyak naik: Shahrir Abdul Samad berbohong dan ......
Labels: Belit BN Belit UMNO, Minyak naik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment