KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 4, 2008

Tengkorak kau ... !!!

fuck-you-002Radenjowo
Dah diduga, minyak akan naik. Tapi agak terlewat. Selepas hampir 4 bulan selepas BN kalah teruk di dalam pilihanraya, baru tindakan yang serupa ini digunakan.

Tapi kejutan kali ini adalah, minyak yang naik ini bukan sekadar 10 atau 30sen, tetapi mencapai ke jumlah RM0.70 pada harga petrol. Manakala minyak diesel melonjak harga kepada 150% dari hari asal. Aku menjangkakan kegawatan akan berlaku. Maklumlah bahan api adalah punca kepada seluruh aspek kehidupan. Apa pun alasan kerajaan, ia bakal mempengaruhi harga barangan lain. Kalau harga minyak naik, sudah pasti akan menaikkan harga barangan barangan dan perkhidmatan yang lain. Alhamdulillah masih ada tunggul yang mahu menjadi Perdana Menteri.

Tapi kalau lah terlalu marah pun, kita tidak perlu melatah kerana kerajaan masih sayang akan rakyatnya. Tapi sebelum aku memuji berlebih lebih kepada kepimpinan Barisan Nasional ... aku nak kira perbelanjaan aku secara harian dahulu. Kita rujuk berita berikut ...

To help alleviate the pain from the price hike, the government will give annual cash rebate of RM625 to those who own cars of 2,000 cc and below, and pick-up trucks and jeeps of 2,500 cc and below. For owners of motorcycles of 250cc and below, the rebate is RM150 a year. - Sun2surf
Perggghhh..... kerajaan bagi rebet kepada rakyatnya sebanyak RM625.00 setahun untuk kenderaan berkuasa kuda 2,000 dan kebawah. [tak nak cerita pasal motor, sebab aku tak der motor]

Dalam sehari, berapakah sumbangan kepada rakyat....RM625/365 hari, bersamaan RM1.712 sen. Wow ..... cukup istimewa dan kita boleh pinjam tema negeri Pakatan Rakyat ..... Kerajaan berkebajikan. Kalau tajuk ini menjadi berita di Indonesia atau Bangladesh, pasti rakyat negara mereka akan cemburu dengan keistimewaan yang kita dapat.

Dan sekarang aku nak kira berapakah jumlah yang aku keluarkan untuk petrol kenderaan bodoh aku tu.
Aku menggunakan sebanyak 62.5 liter untuk seminggu.
Kalau dengan harga baru, aku akan membelanjakan sebanyak [62.5 liter x RM2.70]RM168.75/seminggu.
Perbezaannya adalah 168.75 - 120.00, bersamaan dengan RM48.75.
Jika RM48.75/7 hari.....jumlah tambahan yang aku belanjakan adalah RM6.96/sehari.
Itu adalah perbezaan berbanding harga lama dan baru.
Berbanding dengan jumlah 1.712 sen pemotongan harga cukai jalan tadi .... Adoiiiiii !!!!aku masih rugi sebanyak [RM6.96 - RM1.712] RM5.248 sehari.

Ini bermakna, jumlah pemberian rebet yang diberikan oleh kerajaan kepada aku, tidak setara berbanding, perbelanjaan minyak yang bakal aku keluarkan.

Yang menariknya, aku baru sahaja menukar toadtax kereta aku pada minggu lepas. Maka aku terlepas untuk mendapatkan rebet untuk cukai jalan kereta yang di canangkan oleh Pak lah.

Yang lebih menarik lagi ... kuasa kuda kereta aku tu adalah 2700cc. Maka aku terkecuali dari mendapat sebarang rebet pun. Sekali lagi aku terkena dan ucapan penghargaan aku kepada kerajaan dan Pemimpin Barisan Nasional ..... Kepala Tengkorak Kau !!!

4 comments:

lipascongo said...

salam...
wak numpang nanyo...
kao naik keto bosa wak...
kayo boto kao yo...eheehhe...
den moto buruk yo...
dapek la rm120...
banyak tuh....

Anonymous said...

Wak Raden, jangan la marah, Wak Raden kan dapat minyak free, syabas bayar... ehhh itu Datuo' Raden SUK UMNO Selangor sama org ke dgn Raden Jowo.

Satu lagi kereta wak yg 2700 cc tu kan dapat rebet 200 setahun... jadilah wak buat dua kali urut dah abis

Anonymous said...

Buat Hidup dan Mati mu Umno,

Kecoh minyak naik !! nak buat apa kecoh, kan pilihan sendiri, itu yang kita hendak, ada orang dah bagi peringat tapi kita pilih juga pilihan tu so inilah hadiah yang teristimewa dari pembela bangsa. Pasni bagi kereta 2000cc kebawah tu isi minyak sebulan RM52.00 jer tau jadik tak le terasa kenaikan sebab nanti pas setahun dapat balik RM625.00. Jom kita reramai nantikan pulak kenaikan letrik dan barang-barang keperluan lain. Eh!! kalau orang ada kereta atau motor dapat cash, orang yang tak ade camana? Tambang bas atau teksi pasni sure naik punya, tiket bas, tiket LRT atau resit teksi boleh claim balik ke gamaknye.

Buat PR,

Bila gamaknye nak ambilalih yer! Takkan sanggup tengok suasana yang buruk bertambah huduh, yang berkudis dah jadi pekong ni, susah nak ubat nanti.

Anonymous said...

haaa... mana pendekar UMNO yang merpejuangkan nasib MELAYU, mana ahli parlimen BN/UMNO, inikah cara pembelaan (pinjam kata wak tapi alih loghat - KORAK MU)

Orang Melayu UMNO... apa lagi berpesta la 3 hari 3 malam... kan dah dapat anugerah/hadiah teristimewa tertinggi sehingga mencatat sejarah negara. Hadiah apa ye, MINYAK NAIK - KORAK MU

Korang Melayu UMNO ni sebenarnye ada mata tapi buta, ada telinga tapi pekak, ada mulut tapi bisu ada akal tapi... lu pikir la sendiri..... korang ada yang nangis nengok Bersama Mu TV3.. tapi siapa yang dipaparkan bukan ke MELAYU yang banyak, korang geleng kepala baca paper mohon bantuan untuk kos rawatan... tapi berita siapa yang banyak mohon bantuan kalau bukan MELAYU.. (banyak lagi takut nanti wak marah lak) tu la aku kate KORAK MU kalau melayu terbela camtu.

Orang BN tak nak joint ke.. sambung 4 hari 4 malam lagi sebab lepas ni BARANG NAIK, (memang barang antara korang sentiasa naik pun..). Buat pesta liar sekali lagi kat PD, sure dapat permit punya sebab korang kan BN.

Aku tak kira, ko Melayu ke, Ko ape ke janji ko ISLAM, aku sebagai seorang rakyat Malaysia berikrar walaupun satu sen ko sebagai pemimpin BN (tak kira ko imam Hadhari ke ape ke) dari dulu sampai sekarang selewengkan, aku tidak akan halalkan dunia akhirat, ini sumpah keramat aku (apa ingat Ezam je boleh buat sumpah keramat). Korang jangan jer takut dosa dengan tuhan jer, dosa dengan manusia power gak bro.

Posting terkini

Blog Archive