Bukan nak sombong, tapi ini hakikat. Kalau pemimpin bodoh masih di pilih, maka ianya dipilih oleh rakyat yang bodoh. Mungkin ada darah beku diotak yang menggangu pemikiran mereka sehingga sukar membuat pilihan. Biar apa pun alasan pemimpin ..... kita pengeluar minyak. Kerajaan tidak perlu berlakun sedih dengan peningkatan harga minyak dunia. Sesungguhnya tidak logik pemilik negara pengeluar minyak bersedih dengan kenaikan harga minyak.
Nah sekarang ... beberapa tamparan hebat dari pemimpin yang mereka pilih hanya di dalam masa satu hari. Dan Kepada rakyat Johor, Negeri Sembilan, Pahang dan beberapa negeri lagi .....Tahniah dan terima lah hadiah pilihanraya yang ke 12 dari Barisan Nasional dan UMNO kalian .... Den dah kobaan dulu .... tapi mike tak caye. ....noh pade muko demo ....
Mula mula ......
Petrol naik 78 sen, diesel RM1Selepas itu ......
Harga petrol naik sebanyak 78 sen - satu pertambahan besar dari RM1.92 sekarang kepada RM2.70. Demikian diumumkan oleh perdana menteri petang tadi.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga mengumumkan harga minyak diesel pula naik kepada RM2.58 - naik RM1 berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter.
Kenaikan sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 63.3 peratus bagi diesel akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini. - Malaysiakini
Tarif elektrik naik mulai 1 JulaiEh Eh ehh .... cuba nak bodek rakyat.... ini pula yang dikata pemimpin...
Perdana menteri mengumumkan struktur tarif baru elektrik yang akan diguna pakai oleh semua pengguna domestik, komersial dan industri di Semenanjung.
Satu struktur tarif baru akan diumumkan tidak lama lagi bagi Sabah dan Sarawak.
Berkuatkuasa 1 Julai ini, pengguna bawah 200 kwj (kilowat-jam) setiap bulan dengan anggaran bil elektrik kurang RM43.60 akan
membayar kadar seperti sekarang selagi mereka kekal jumlah penggunaan.
Kumpulan pengguna ini terdiri 59 peratus isi rumah di Semenanjung. - Malaysiakini
Motosikal, kereta kecil dapat duitberikutan dengan kenyataan itu, Wak dapat rasakan pengusaha kenderaan pengangkutan adalah golongan yang mendapat impak yang awal..... dan wak berharap sesuatu akan berlaku pada esok hari .... seperti,
Jawatankuasa mengawal inflasi, yang bermesyuarat semalam, telah mengemukakan sejumlah cadangan kepada jemaah menteri pagi ini bagi mengawal kesan kenaikan harga bahan api dunia. - Malaysiakini
- Bas tidak beroperasi
- Lori lori besar dan pengangkutan tidak menjalankan tugas
- Teksi mogok
- Rakyat bersama sama KUTUK kerajaan.
- Hentikan semua urusan.
- HARTAL sekali lagi? Mahu tau tentang HARTAL .... click [Hartal] dan sejarahnya
0 comments:
Post a Comment