kudakepang - [...] Sebenarnya, apa yang disuarakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Naib Presiden UMNO dan Datuk Seri Dr. Rais Yatim selaku ahli Majlis Tertinggi UMNO, dalam konteks kemasukan semula bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor, ke dalam UMNO baru-baru ini, adalah kenyataan yang selaras dengan tuntutan Perlembagaan UMNO.
Kenyataan Muhyiddin dan Rais disokong oleh segolongan besar warga parti tersebut. Warga UMNO mengambil pendirian ini kerana mereka tidak setuju dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Presiden UMNO yang mengatakan bahawa Ezam kembali ke pangkuan UMNO tanpa sebarang syarat atau keistimewaan setelah “tiada bantahan” oleh Majlis Tertinggi UMNO dan Pergerakan Pemuda UMNO.
Oleh itu, seluruh individu yang mencadangkan Muhyiddin dan Rais “perlu dirujuk kepada Lembaga Disiplin kerana sering mempertikaikan keputusan parti dan meluahkannya menerusi akhbar” perlu ikhlas dan jujur dalam perjuangan mereka.... selanjutnya.
Jun 4, 2008
CONTOH SOKONGAN BAWA REBAH?
Labels: Belit BN Belit UMNO, kudakepang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment