KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label JUDI. Show all posts
Showing posts with label JUDI. Show all posts

Jun 4, 2008

Celcom tawar 100 Camry - Perjudian Terancang

di email: abdwahabxxx@gmail.com

berikut adalah email yang diterima. Aduan kepada peraduan anjuran Celcom kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia [SKMM]....

Saya memohon SKMM agat dapat menamatkan peraduan ini yang bersifat perjudian yang jelas bertentangan dengan syariat Islam.

Sekian wassalam

Rosxxxx
Pengguna celcom 019
dan dibawah ini adalah balasan kepada email tersebut.
Ruj. Kami: SKMM (T) 09-CCB/160/0023/ 06/08

Tuan,

Terima kasih di atas emel anda kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) .

Pihak kami ambil maklum ke atas aduan berhubung "Tawaran Celcom 100 hari 100 kereta". Untuk makluman, perkara ini adalah dalam perhatian pihak SKMM untuk tindakan selanjutnya.

Komen serta maklumbalas berhubung perkara di atas adalah amat dihargai.

Sila hubungi kami sekiranya pihak tuan memerlukan sebarang bantuan berhubung perkara ini melalui emel atau ditalian aduan 1800 888 030 (Isnin-Jumaat 8.30am - 5.30pm).

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Biro Aduan Pengguna SKMM

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
No2umno - Kepada pembaca .... awas bentuk judi seperti ini.

Feb 3, 2008

JERANTUT NAK JADI GENTING

Jerantut 'bandar kasino'
kosmo


BANGUNAN yang dipercayai menjadi pusat mesin judi haram di Jerantut, Pahang.

JERANTUT - Eksklusif untuk peneroka dan penduduk kampung.
Itu 'dedikasi' pengusaha premis mesin judi untuk golongan tersebut yang beroperasi secara haram di bandar Jerantut dan bandar Inderapura di sini untuk mengelak kegiatan mereka diketahui umum khususnya 'orang luar.'

Malah salah sebuah daripadanya beroperasi di dalam sebuah gudang dan dikatakan 'kebal' daripada tindakan undang-undang dengan memperalatkan nama orang-orang kenamaan.

Tinjauan KOSMO! Ahad mendapati 'orang luar' tidak dibenarkan masuk ke ruang mesin judi yang tersorok dalam premis kecuali diperkenalkan oleh pelanggan tetap kepada tonto yang mengawasinya.

Difahamkan kegiatan haram itu berselindung di sebalik nama pusat rekreasi serta persatuan tertentu dan kini bilangannya sudah mencapai kira-kira 30 buah mesin.

Menurut salah seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Karim, pengusaha terbabit hanya membenarkan orang tertentu memasuki bilik yang menempatkan mesin judi atau lebih dikenali sebagai mesin buah.

"Tidak semua orang dibenarkan masuk tempat yang ada mesin judi buah itu, mungkin ia bagi mengelakkan operasi mereka dikesan pihak berkuasa.

"Jerantut ini bandar kecil, tak hairanlah pengusahanya mengenali muka-muka yang biasa main di situ. Jika orang luar dibawa oleh pengunjung yang biasa datang, barulah dibenarkan masuk," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Salah seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Man pula memberitahu, sebuah premis mesin judi haram terbesar di bandar itu menjadi tumpuan ramai peneroka terutama pada hujung minggu.

"Apa yang saya dengar, ramai yang sudah terjerat dengan ketagihan bermain judi di situ sehingga ada yang terpaksa menjual tanah, kereta dan motosikal," katanya.

Sementara itu, dalam percubaan menjejaki kegiatan haram di salah sebuah pusat rekreasi di situ, wartawan dan jurugambar KOSMO! Ahad diekori oleh beberapa orang tonto sebaik sahaja melangkah masuk ke premis berkenaan.

Di dalamnya, kira-kira 30 mesin permainan arked ditemui dan tidak kurang 10 bilik karaoke kecil dan beberapa meja snuker di samping terdapat satu pintu rahsia.

Sementara itu, Ahli Exco Majlis Belia Felda Pahang, Abdul Rahman Mohamed ketika dihubungi mengakui pernah melihat mesin judi berkenaan di lokasi tersebut pada hujung tahun lalu.

"Saya difahamkan orang tertentu sahaja yang dibenarkan masuk ke tempat mesin judi itu.

"Saya sendiri pun pernah nampak hanya setelah dibawa masuk oleh orang yang biasa ke sana," katanya.

Katanya, beliau turut menerima beberapa aduan daripada penduduk kampung dan peneroka berdekatan bahawa ada di kalangan mereka terpaksa menggadaikan barang berharga akibat kalah judi.

Posting terkini

Blog Archive