KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 19, 2008

JANJI SIAP, ALASANNYA "MENGEJUT"

Bapa mangsa, B Kasvan, 55, yang ditemui ketika menuntut mayat anaknya di HKL, mempersoalkan tindakan pengurusan sekolah terbabit kerana lewat memaklumkan kejadian itu kepadanya.

“Sukar saya menerima hakikat anak tunggal saya sudah tiada. Lebih memilukan kerana kematiannya menimbulkan tanda tanya apabila pihak sekolah seolah-olah cuba menyembunyikan sesuatu,” katanya.

Kejadian kira-kira jam 10.45 pagi itu menimbulkan pelbagai persoalan sama ada ia disengajakan atau kemalangan, malah keluarga mangsa juga mendakwa mangsa pernah mengadu dibuli pelajar lain.
Siasat pelajar mati jatuh bangunan sekolah
hmetro

KUALA LUMPUR: Polis tetap menjalankan siasatan kematian pelajar tingkatan tiga, K Yashovan (gambar) selepas dikatakan terjatuh dari tingkat dua bangunan sekolahnya kelmarin, walaupun kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, berkata beberapa saksi dipanggil untuk memberi keterangan mengenai kematian pelajar Sekolah Menengah Seksyen 1, Bandar Kinrara, Puchong.

“Polis perlu kenal pasti dan memilih saksi yang tepat kerana kejadian berlaku di sekolah dan pasti ramai saksi melihat kejadian itu.

“Bagaimanapun, memandangkan kes ini dianggap sebagai kematian mengejut polis tidak membuat sebarang tangkapan sehingga kini,” katanya di sini, semalam.

Yashovan, 15, yang parah di kepala selepas terjatuh dari tingkat dua sekolahnya pada 10.30 pagi Isnin lalu, dimasukkan ke Hospital Serdang sebelum dimasukkan ke Wad Neurologi Hospital Kuala Lumpur (HKL).

No2umnO - Mudahnya. Diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. Macam orang mati sakit jantung. Siapa yang terkejut? Mangsa, guru guru atau teman teman? More...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive