KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 19, 2008

Istilah subsidi tak tepat: Respon kenyataan Salahudin

Hazaha Haris
Sat | Jan 19, 08 | Harakahdaily

Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk kenyataan saudara Salahudin dalam laporan bertajuk 'DAKWAAN NEGARA BANGKRAP' yang tersiar pada 16 Januari lalu.

Saya tidak dapat bersetuju dengan kenyataan, "... Sungguhpun tidak menafikan hakikat bahawa kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM35 billion..."

Sebagai negara yang mengeluarkan atau mengeksport minyak, perkataan 'subsidi' minyak dalam negara tidak harus timbul, lebih-lebih lagi harga minyak hampir mencecah USD100 per barrel (USD91, beberapa hari lalu).

Hasil pendapatan sesebuah negara adalah cukai dan barangan atau komoditi yang dieksport. Bertitik-tolak dari situ maka terkumpullah dana untuk membangunkan sesebuah negara.

Bukan subsidi

Segala bentuk keperluan rakyat dan negara akan dilunaskan, umpamanya infrastruktur, kesihatan, pelajaran, pertahanan dan sebagainya oleh kerajaan yang memerintah dan ia bukan subsidi.

Saya keliru, contohnya kenapa harga barangan berasaskan getah (yang kita keluarkan dan eksport) boleh lebih murah dari harga pasaran dunia. Begitu juga dengan kelapa sawit, koko dan beberapa lagi barangan hasil keluaran eksport negara.

Tapi, tentang hal minyak (petrol) ini kita kena ikut harga pasaran dunia. Macam mana ni? Kalau dikurangkan, maknanya kerajaan bagi subsidi... Lainlah kalau kita kena import minyak. Betullah subsidi.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive