penatxabes
to sdr fahmi reza,
sebagai tanda terima kasih dan ucapan tahniah kepada sdr. pengarah filem dokumentari pendek '10tahun', sdr fahmi reza, aku siapkan juga reviu aku mengenai filemnya ini. [sori bro, i took too much time and kept u waiting]
"Hartal tu, membantah!" -Zainuddin Andika, 10tahunpetikan kata2 favourite aku dlm filem ini. itu menunjukkan yang bangsa Malaysia [Malaya ketika itu] tidak semuanya turut bersetuju dan menjadi 'pak sanggup' menubuhkan Persekutuan Malaya 1947. apa sebenarnya yang berlaku 10 tahun sebelum merdeka? penting ke? ada ape2 ke yg berlaku pun? apesal kita xpenah tahu? filem 10tahun arahan Fahmi Reza cuba mencungkil rahsia2 peristiwa yang berlaku di sebalik kemerdekaan negara dan bakal memadamkan persoalan2 yang timbul seperti di atas. seperti mana yang diketahui, tanah melayu telah dijajah oleh pelbagai kuasa besar dunia silam seperti portugis, belanda, inggeris dan jepun. bertitik tolak dari penjajahan jepun, masyarakat Malaya, khususnya Melayu telah beroleh kesedaran untuk bangun dan berusaha memajukan diri sendiri.
"...kita punya tanah air, kita punya. dia datang menjajah, kita mesti suruh dia balik..." -Yahya Nassim, 10tahunperjuangan bangsa Melayu pada masa itu dimulakan oleh PKMM [Parti Kebangsaan Melayu Malaya] dan dipengaruhi oleh kebangkitan rakyat Indonesia menentang Belanda. kata2 Allahyarham Sukarno menyuntik semangat mereka untuk berjuang menuntut kemerdekaan dengan darah. pelbagai usaha telah dilakukan oleh mereka untuk memastikan kedaulatan dan kekayaan Tanah Melayu tidak terus menerus dirompak oleh pihak kolonial british. bergandingan dengan kesatuan2 buruh se-Malaya, MDU [Malayan Democratic Union], AWAS [Angkatan Wanita Sedar] dan pertubuhan2 lain, mereka telah membentuk gabungan PUTERA-AMCJA.
PKMM [dan gabungan PUTERA-AMCJA] telah menganjurkan rapat2 umum, demonstrasi dan majlis2 penerangan untuk menyampaikan misi mereka kepada masyarakat tetapi sayangnya masyarakat Melayu ketika itu masih dibelenggu masalah kurang pengetahuan dan trauma selepas perang, menyebabkan mereka takut untuk memilih perjuangan PKMM. beberapa fakta menarik mengenai Perlembagaan Rakyat [yang diusulkan untuk menentang Perlembagaan Persekutuan Malaya] dan fakta2 yg disembunyikan dari buku sejarah malaysia tingkatan 5:
- perlembagaan rakyat kata, xada beza melayu, cina atau india. semua akan jadi melayu
- presiden MCA ketika itu, Tun Tan Cheng Lock pun terus bersetuju nak jadi Melayu. tanpa banyak soal...[rujuk kenyataan Lim Kean Chye dlm 10tahun]
- british berunding dgn UMNO walaupun mereka x mewakili golongan majoriti
- pihak PUTERA-AMCJA lebih awal mewujudkan pakatan antara kaum berbanding parti Perikatan [rujuk kenyataan Lim Kean Chye dlm 10tahun]
- banyak org yg ditangkap semasa zaman darurat yg dituduh komunis adalah Melayu [hampir 30%] padahal merekalah yang sebenar2 menuntut kemerdekaan, bukan 'Hidup Melayu!'
kemuncak penentangan mereka ialah menganjurkan hartal seluruh Malaya pada 20 oktober 1947 sebagai tanda protes terhadap Perlembagaan Persekutuan Malaya.
IMHO, dokumentari 10tahun ialah satu langkah mulia untuk menerapkan kembali semangat patriotisme dlm diri belia zaman sekarang supaya mereka sedar bahawa Malaysia bukanlah merdeka semata2 melalui rundingan. i giv d documentary a dazzling 5 star out of 5, for a superb effort and quality displayed despite of a small budget and lack of living proofs [heck, those ppl involved are already 80 something. luckily fahmi reza found them while they are still alive and kicking] salute also to the true freedom fighters of old!!!
Darah rakyat masih berjalan, menderita sakit dan miskin
Padanya datang pembalasan, rakyat yang menjadi hakim
Rakyat yang menjadi hakim
Ayuh, ayuh bergerak sekarang!
Merah putih panji-panji kita
Merah warna darah rakyat
Merah warna darah rakyat
Padanya datang pembalasan, rakyat yang menjadi hakim
Rakyat yang menjadi hakim
Ayuh, ayuh bergerak sekarang!
Merah putih panji-panji kita
Merah warna darah rakyat
Merah warna darah rakyat
0 comments:
Post a Comment