Sistem pendidikan Malaysia, umpama paksa kereta 'Ferrari' jadi 'Kancil'
Mat Zain Mat Isa
harakahdaily
Jika tidak kerana sorotan khas oleh sebuah stesen televisyen swasta selama dua malam berturut-turut mengenai kedudukan terkini Adi Putra Abdul Ghani, nescaya tidak ramai yang tahubahawa budak pintar Matematik itu kini sedang menghadapi hari-hari sukar menyesuaikan diri dengan sistem pendidikan negara.
Bahkan, ditolak jiran-jiran dan keluarga terdekat, barangkali semua pihak menyangka Adi Putra kini sudah ditempatkan di kelas khas sebagaimana disaran dan dijanjikan pelbagai pihak sebelum ini.
Tinggalkan sekolah, belajar di rumah
Tidak akan ada yang menyangka betapa budak itu kini terpaksa meninggalkan bangku persekolahan dan memilih kaedah pembelajaran sendiri di rumah.
Sorotan perkembangan terkini Adi Putra disiarkan menerusi slot Buletin Utama TV3 dua malam berturut-turut bermula Rabu (16 Januari). Sebelum itu akhbar-akhbar arus perdana juga ada menyiarkan keadaan beliau sekali dalam beberapa ketika.
Menurut pengakuan dibuat ibu bapanya, Adi Putra tidak lagi meneruskan persekolahan di Sekolah Islam Antarabangsa (IIS), Gombak. Sebelum berpindah ke situ pada April 2006, Adi Putra hanya sempat bersekolah selama tiga bulan di Sekolah Kebangsaan Jalan Matang Buloh, Bagan Serai. Itu pun Adi Putra kerap tidak hadir ke sekolah kerana mendapati pembelajaran di sekolah sangat membosankan. More...
Jan 19, 2008
ADI PUTRA: FERRARI YANG SURUH JALAN MACAM KANCIL
Labels: ADI PUTRA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment