Perhimpunan Bukan Tunjuk Kekuatan Tetapi Sokongan Kepada PM Dan Kerajaan
PUTRAJAYA, 19 Jan (Bernama) -- Pertemuan kira-kira 15,000 anggota MIC dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu perhimpunan pada petang esok, bukan untuk menunjukkan kekuatan parti ini tetapi lebih kepada sokongan kepada beliau dan kerajaan, kata presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu.
Beliau berkata pertemuan itu yang menghimpunkan paling ramai anggota MIC pada satu lokasi setakat ini, dianjurkan MIC Wilayah Persekutuan bertemakan "Sepetang dengan Perdana Menteri" yang akan diadakan di Stadium Badminton Cheras di sini.
"Perhimpunan itu akan berikrar untuk memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri. Ini ialah permulaan siri perhimpunan di seluruh negara untuk mengukuhkan lagi kekuatan dan sokongan BN menjelang pilihan raya umum," katanya kepada Bernama.
"Perhimpunan 20 Januari ini bukan untuk menunjukkan kekuatan tetapi untuk menghantar mesej yang kuat dan jelas bahawa kaum India Malaysia adalah bersatu," tambah beliau.
No2umnO - Bukan tunjuk kekuatan kerana memang dah tak kuat. Berapa banyak anggaran belanja yang akan dikeluarkan untuk membawa kaum India berlakun menyokong kerajaan? Berapa banyak bas dan berapa banyak nasi bungkus? Bagaimana dengan sekatan polis dan jalan dan ketiadaan perlunya permit untuk perhimpunan?
0 comments:
Post a Comment