"JOHOR BAHRU 18 Jan. – Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak rela menang pilihan raya dengan menipu rakyat, tegas Datuk Seri Najib Tun Razak". (Utusan Malaysia - 19 Januari 2008)Begitu bunyinya kata-kata si Najib Altantuya, sewaktu hadir ke Johor Bahru semalam. Satunya, memang percakapannya ini adalah sesuatu yang maha besar belitnya. Saban hari di televisyen, radio dan akhbar cetak, rakyat disogok dengan semua cerita-cerita bagus tentang BN dan UMNO semata-mata.
"Ada media pembangkang yang kerajaan benarkan seperti akhbar online dan juga blog yang boleh menyebut apa sahaja yang mereka mahu" kata seorang pemimpin UMNO.
Hei, dengar sini UMNO, tiada yang bebas di Malaysia. Baik bercakap soal permit berhimpun dan berceramah, soal Akta Mesin Cetak, soal ugutan dan hukuman mahkamah kepada penagamal media yang berlainan anutan dengan mereka, hatta para bloggers juga diseret sama ke mahkamah. Kebebasan apa yang sedang diperkatakan?
Rakyat memang sedang ditipu. Setiap hari disampaikan maklumat yang salah kepada mereka.
Rakyat dibuta-pekak-tulikan oleh UMNO dan Barisan Nasional.
Pembangkang mahu megharapkan rakyat mendapat akses maklumat melalui internet sahaja? Di negara kita hanya 11% rakyat yang ada akses ini dan tidak semua daripada bilangan ini melayari internet untuk mencari maklumat berkaitan politik dan kenegaraan. Banyaknya yang mencari hiburan dan keperluan lain sahaja.
"Timbalan Perdana Menteri berkata, jika benar BN menipu dalam pilihan raya seperti dakwaan segelintir pihak, tidak mungkin parti pemerintah kalah di Kelantan.
Ujar beliau, keputusan yang tidak memihak kepada BN seperti di peringkat negeri di Kelantan, membuktikan pilihan raya yang diadakan sebanyak 11 kali di negara ini berlangsung secara bebas."
Ini pula merupakan satu lagi jawapan yang paling popular yang akan pimpinan UMNO sebut bila kita berkata pilihanraya tidak adil dan banyak penipuan. Sebenarnya, pelbagai strategi (baca: penipuan) yang telah mereka laksanakan untuk merampas Kelantan daripada PAS. Tetapi penipuan untuk belum cukup ramuan dan khasiatnya sehingga boleh berjaya seperti di Terengganu.
Dan, mereka akan terus melipat gandakan penipuan selepas ini.
0 comments:
Post a Comment