tronohtranquility
Pos awal tentang Noraini B Abu Samad sebelum ini mendedahkan bagaimana manusia tertua di dunia adalah seorang rakyat Malaysia berumur 128 tahun. Ada pembaca yang kemudiannya bertanya bagaimana pula jika SPR, seperti lazimnya agensi-agensi kerajaan yang lain, melakukan kesilapan dalam merekodkan tahun lahir Noraini B Abu Samad sebagai 1880 dan bukannya 1980. Bagaimana jika Noraini B Abu Samad sebenarnya berusia 28 tahun dan bukan 128 tahun?
Untuk berprasangka baik pada SPR, apa kata kita andaikan bahawa si kerani di pejabat SPR melakukan kesilapan dalam merekodkan tahun lahir Noraini B Abu Samad. Tidak mustahil, seorang kerani yang ditawarkan bekerja di sebuah pejabat kerajaan kerana kemungkinan besar beliau seorang Bumiputera yang mendapat faedah dari Dasar Ekonomi Baru (DEB) atau kerana pak penakan beliau seorang pegawai di pejabat itu, bergaji kecil pula dan tidak seratus peratus komited dengan pekerjaan yang diperolehi bukan berdasarkan merit pastinya mempunyai kebarangkalian besar melakukan kesilapan sebegini.
Normal untuk kebanyakan agensi-agensi kerajaan, bukan?
Baiklah, Noraini B Abu Samad bukan manusia tertua di dunia. Beliau berumur 28 tahun, mungkin seorang graduan universiti, memandu kereta nasional, seorang pengundi yang berdaftar dan menetap di sekitar Damansara Utama. Beliau adalah seorang rakyat Malaysia self-conscious yang tidak akan memangkah BN secara membabi buta seperti seekor babi yang buta.
Yang membawa aku pada kes uji kaji kita yang kedua. Safiah Binti Ujang, seorang lagi rakyat Malaysia yang merupakan pengundi berdaftar di kawasan parlimen Rembau. Beliau juga seorang rakyat yang self-conscious, tidak semestinya akan memangkah BN secara membabi buta kerana Safiah Binti Ujang bukanlah seekor babi yang buta.
Tidak percaya?
Pergi ke laman SPR, masukkan 890211050014. Safiah Binti Ujang memang seorang pengundi yang berdaftar.
Oh, abaikan tahun lahir Safiah Binti Ujang yang direkodkan SPR sebagai 1889. Mana mungkin Safiah Binti Ujang lahir pada 1889 dan berumur 119 tahun pada hari ini. Beliau tidak mungkin manusia tertua di dunia (jika kita kecualikan Noraini B Abu Samad). SPR pastinya telah melakukan kesilapan kecil dalam merekodkan tahun lahir beliau.
Safiah Binti Ujang 'sebenarnya' lahir pada tahun 1989. Beliau masih muda dan memang seorang pengundi berdaftar yang sah, bukan pengundi hantu. Umur beliau pada hari ini baru 19 tahun.
Eh, nanti dulu, 19 tahun?!
Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan tentang kelayakan pemilih.
(A) Tiap-tiap warganegara yang —
(a) telah mencapai umur dua puluh satu tahun pada tarikh kelayakan;
Semua pembaca, beramai-ramai, jerit:
Malaysia Boleh!
LEBAI HIPOKRIT
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment