dppwm.blogspot.com/
Lantaran terlalu rakus menggunakan premis awam/ kerajaan oleh petugas Barisan Nasional (BN) sebagai bilik gerakan pilihanraya mereka, DPPWM telah melakukan 3 laporan polis keatas 8 tempat disekitar Wangsa Maju awal pagi tadi.
Rombongan yang diketuai oleh KETUA PENERANGAN DPPWM telah membuat laporan tersebut di Balai Polis Wangsa Maju pada pukul 00.36 pagi tadi. " Lapan premis yang dilaporkan pada pagi ini adalah sebahagian kecil yang dikenalpasti oleh petugas kita disekitar Taman Melati dan Taman Ibu Kota. Insyaallah banyak lagi laporan polis yang akan kami susuli disekitar kawasan Wangsa Maju dan Setapak nanti." ujar Sdr Mahadzir Abdul Rani .
Menurut Exco Kebajikan DPPWM Sdr Mohd Yuamri Zaily Mohd Yusoff, tindakan petugas BN ini amat dikesali kerana jelas melanggar tatacara penggunaan premis awam/ kerajaan demi kepentingan parti mereka.
Turut membuat laporan tentang penyalahgunaan premis awam ini ialah Sdr Salahuddin yang menyatakan tindakan BN menggunakan ke dua- dua premis Dewan Komuniti/ Masyarakat di Taman Ibu Kota Kanan/ Kiri, seolah-olah mencabar arahan yang dikeluarkan sendiri oleh Setiausaha Agung Umno / BN, Dato' Seri Radzi Sheikh Ahmad yang melarang mana- mana parti politik menggunakan premis awam sebagai bilik gerakan parti politik.
Seorang lagi ahli DPPWM yang sempat ditemubual, Sdr Lokman Tahir menyatakan kekesalan beliau diatas tindakan tidak profesional oleh pihak berkuasa dalam menangani permasalahan ini. "Kalaulah premis kerajaan ini digunapakai oleh parti pembangkang, sudah pasti berduyun- duyun pihak berkuasa datang menghalang. Tapi kalau premis ini disalah gunakan oleh BN, ianya seolah-olah tiada undang- undang mampu menghalangnya" ujar beliau.
Adalah menjadi harapan dppwm agar pihak berkuasa mampu melayan sama rata ke atas apa jua isu yang ditimbulkan sempena pilihanraya ini tanpa mendiskriminasikan kepada parti pembangkang sahaja.
LEBAI HIPOKRIT
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment