sheikh-telukintan.blogspot
Hari ini surat khabar dan TV menabuh Tok Guru Haji Abd Hadi ,Presiden PAS dari setiap sudut. Isunya, Tok guru dikatakan tak mahu bersalam dengan Calun BN.
Dan bermadahlah si Deris Jusuh, bahawa Tok Guru angkuh. Secara tersirat Deris Jusuh ingin memberi mesej, makhluk yang tak pernah angkuh walaupun sedetik ialah dirinya dan semua anggota kabilah BN/UMNO.
Roslan SMS, Setiausaha Akhbar Presiden Pas telah memberi riaksi terhadap isu tersebut, yang boleh dibaca dibaca disini. Jawapan beliau , pada pendapat teman , adalah tepat dan ada asasnya.
Kalaulah teman ditakdirkan menjadi Setiausaha Akhbar Presiden Pas, mungkin jawapan teman lain bunyinya. Teman akan tanya balik: ' oiii.... Deris , kau dan pengikut kau masih tak puas-puas lagikah bersalam siang malam dengan puteri-puteri UMNO sehingga kemaruk pula hendak bersalam dengan Tok Guru Hj Hadi yang siang malam kau kutuk dan maki , kerana tok guru koununnya tak tahu mengurus Negeri Terengganu semasa Pas memerintah Terengganu pada tahun 1999 sehingga awal tahun 2004".
Jawapan teman, bunyinya agak kasar sikit . Tapi nak berlembut macam mana, Deris Jusuh dan para sekutunya tak faham bahasa yang ada irama lembut kerana perwatakkan mereka adalah seumpama orang utan.
Deris jusuh dan sekutunya, sebagaimana yang dilaporkan oleh media massa yang telah dikawal rapi oleh UMNO, seterusnya menyatakan bahawa keengganan Tok Guru bersalam bertentangan dengan konsep persaudaran Islam.
Maka teman akan bertanya balik pada Deris anak kepada si Jusuh : " kalau kau pegang prinsip persaudaraan Islam, mengapa semasa Pas memerintah Negeri Terangganu , royalti minyak dimansukhkan ? Bukankah itu salah satu cara UMNO/BN hendak membunuh saudara seagama dengan kau .
Oh, tentang isu Tok Guru enggan bersalam dengan calun BN , pandai kau main sentimen Islam, tapi dalam bab yang lain kau buang Islam ke dalam laut China Selatan . Mungkin mengikut pendapat yang berdasarkan kepala otak kau yang sempit , Islam hanya terbatas kepada usaha mendirikan beribu-ribu masjid. Semakin banyak masjid yang besar dan cantik dibina , maka kau fikir islam semakin kuat".
Wahai Deris anak kepada si Jusuh , ketahuilah , teman cukup geli hati tengok berita TV 3 jam lapan malam tadi yang menyisipkan gambar Tok Guru Hj Hadi sedang berpelukan dengan Lim Kit Siang, orang kuat DAP dengan tujuan untuk memberitahu bahawa Tok Guru lebih suka bersahabat dengan seorang China yang bukan Islam dari bersababat dengan Calun Melayu BN.
Soalan teman, adakah haram bersalam dan berpelukan dengan orang China yang bukan Islam?
Lim Kit Siang walaupun tak bersetuju dengan konsep Negara Islam, tapi beliau cukup konsisten tentang soal keadilan dan suaranya cukup lantang menentang rasuah, penyalahanguna kuasa oleh kerajaan BN, tanggapan di bawah akta zalim ISA dan beberapa isu besar yang lain.
Cuba Deris Jusuh atau para sekutunya jawab secara jujur , mana satu yang lebih baik ,iaitu Lim Kit Siang yang kukuh prinsip perjuangannya untuk kepentingan rakyat atau pemimpin Melayu dari spesis UMNO yang mengaku Islam yang bukan setakat membisu terhadap amalan korup ,bahkan menjadi peserta yang aktif dalam melakukan amalan rasuah, merelakan maksiat bercambah dalam pelbagai bentuk dan menyalahgunakan khazanah negara untuk kepentingan diri , keluarga dan kroni , seolah Malaya ini mereka yang punya?
Teman cabar Deris Jusuh atau spesis yang sewaktu dengannya menjawab soalan yang mudah seperti di atas.
Sebelum teman berhenti , teman ingin membuat kesimpulan seperti berikut:
Bahawasanya teman rela berjabat tangan dan berpelukkan dengan orang China atau India yang bukan Islam yang punya prinsip membenci ketidakadilan dan perbuatan korup dari berjabat tangan dengan orang Islam yang tangannya kotor, sekotornya kerana siang malam menerima rasuah dan melakukan amalan korup!
LEBAI HIPOKRIT
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment