prihatinsubang.blogspot.com
26 Feb 08 (Paya Jaras) – Di Kg Kubu Gajah Jalan 3, satu ceramah kelompok telah diadakan disalah sebuah rumah penduduk kampung tersebut. Ceramah kelompok ini diadakan adalah di atas permintaan tuan rumah sendiri ekoran telah mengikuti ceramah kelompok anjuran muslimat Kg Kubu Gajah Jalan 13 pada dua minggu lepas.
Penceramah yang dijemput ialah ustazah Maryam yang merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Subang. Majlis dimulakan dengan bacaan yasin dan sedikit doa selamat dan doa arwah. Selesai bacaan yasin dan doa, penceramah mengambil kesempatan untuk berceramah yang bertajuk 15 maksiat yang akan menurunkan bala dari hadith Nabi saw dari kitab 40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman. Maksiat pertama sekali dari hadith tersebut ialah bila harta kekayaan negara hanya berkisar kepada golongan tertentu sahaja dan perkara kedua ialah apabila amanah menjadi rebutan.
APA YANG NABI SEBUT DILAKUKAN OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO
Penceramah sempat mengulas dua perkara ini dengan mengaitkan apa yang berlaku di negara kita di mana jelas dua perkara ini dilakukan oleh pemimpin-pemimpin negara kita dari kalangan UMNO khususnya.
Difahamkan majlis tersebut dihadiri oleh kalangan wanita atas pagar dan wanita UMNO. Melihat keadaan itu, bagi mengambil kesempatan dari majlis tersebut Ustazah Mariam mengambil peluang untuk memperkenalkan calon PAS DUN Paya Jaras iaitu Saudara Khairuddin bin Othman dan diberi ruang untuk memberi ucapan.
Beliau memperkenalkan diri dan menyampaikan ceramah ringkas hingga memukau hadirat di majlis tersebut.
PENGAKUAN SALAH SEORANG YANG MENDENGAR DI MAJLIS TERSEBUT
Setelah selesai majlis, bila penceramah meminta diri untuk pulang, seorang wanita telah menunggu beliau di depan pintu dan memberi ikrar dan pengakuan untuk mengundi PAS pada PRU 12 ini.
Penceramah difahamkan bahawa wanita ini adalah ahli wanita UMNO dan pendokong kuat kepada UMNO di masa-masa lalu. Dengan menitiskan airmata beliau meluahkan tentang kezaliman yang telah dilakukan oleh UMNO khususnya bekas ADUN Paya Jaras yang telah merobohkan kedai mereka yang mana, selama ini sebagai tempat beliau mencari nafkah menyara kehidupan beliau dan anak-anak.
Wanita tersebut adalah seorang ibu tunggal. Beliau dijanjikan dengan pampasan tetapi hingga kini janji hanya tinggal janji.
Inilah kebiasaan perangai dan sikap pemimpin-pemimpin UMNO yang berkepentingan hingga sanggup menindas rakyat. Kami Difahamkan bahawa ramai lagi menerima nasib yang sama dengan beliau sehingga perbuatan zalim ini telah menutup periuk nasi mereka dan sekarang mereka hidup dalam keadaan dhaif dan susah.
PEMIMPIN UMNO SETEMPAT TIDAK AMBIL TAHU MASALAH RAKYAT
Sehingga sekarang tidak ada orang UMNO yang mengambil peduli masalah mereka jauh sekali bekas ADUN Paya Jaras iaitu En Bushro bin Mat Johor yang merupakan Calon BN dalam pilihanraya pada kali ini.
Rupa-rupanya apa yang kami sangkakan selama ini meleset, yang mana selama ini kami menyangka bahawa En Bushro adalah di antara ADUN BN yang berimej 'MR CLEAN'.
Buktinya, keluhan ini didengari dari ramai lagi penduduk Paya Jaras yang mengadu bahawa beliau jarang turun berjumpa dengan rakyat khususnya rakyat marhaen. Apa yang dilihat selama ini seperti memberi bantuan kepada golongan miskin pada majlis dan hari-hari tertentu dan membaiki serta membesarkan masjid dan surau di sekitar Paya Jaras adalah lakonan semata-mata dan ianya lebih kepada tujuan politik kotor dan penipu yang lazim dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang lain.
Tidak ada pemimpin UMNO yang boleh digelar baik dan bersih. Orang baik tidak akan tahan duduk dalam lubuk najis dan kotor. Sememangnya dasar merekapun sudah menyeleweng dari dasar Islam, dasar mereka adalah dasar Nasionalis dan Kapitalis sudah tentu pelaksanaan dan tindakan mereka akan tersasar dari dasar Islam.
Di sebaliknya PAS, dasar dan matlamatnya adalah Islam, sudah tentu menjamin keadilan, kesejahteran dan berkebajikan untuk semua agama dan semua bangsa.
KEMPEN UMNO ADALAH LAKONAN
Melihat kepada beberapa insiden dan fenomena yang berlaku di Paya Jaras, jelas rakyat dah mula menolak UMNO/BN. Rupa-rupanya penat saja mereka berkempen di media-media arus perdana dan seluruh saluran televisyen. Kami pasti rakyat yang sedar akan memadamkan televisyen mereka kerana mual serta muak dengan propaganda dan sikap pura-pura pemimpin UMNO/BN.
Akhirnya wanita tersebut memberi pengakuan kepada kami akan menyertai kami berkempen untuk BA dan akan menceritakan perkara sebenar yang berlaku tentang sikap pemimpin UMNO kepada rakyat khususnya pengundi di Paya Jaras supaya membuat perubahan dan memihak kepada BA.
LEBAI HIPOKRIT
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment