2007 dulu....rakyat kecoh dengan penggunaan dakwat jari. Bukan main seronok lagi apabila kita menyangka bahawa SPR cuba untuk menjadi telus .... berita ini pun keluar
PRU: SPR guna tanda dakwat di kuku atau jariTiba tiba pada saat akhir menanti ketibaan PRU 12 .... disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari.....SPR buat hal lagi. Bukan setakat Rashit yang terlibat, malah Musa Hassan dan diheret sekali Gani Patail. Maka 3 burung kakak tua ni pun bercakap dengan nada yang sama. Tajuk cerita "Ku tegakkan benangku yang basah"
PRU: SPR guna tanda dakwat di kuku atau jari
Utusan Online
PUTRAJAYA 13 Ogos - Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hari ini memutuskan untuk menggunakan tanda dakwat di kuku atau jari tangan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, keputusan untuk menggunakan dakwat khas dari India itu, yang sukar dipadamkan untuk beberapa hari, adalah selaras dengan...... selanjutnya.
SPR batal tanda dakwatSelepas pengumuman tersebut ... eh eh eh .... tiba tiba rumah Rashit pula yang disimbah cat. Tapi bukan cat jari tapi cat rumah. Kononnya susah benar memegang tanggung jawab Pengarah SPR sehingga terdedah kepada pelbagai risiko. Mamat yang dituduh, ditangkap di Pulau Pinang. Mak aiiii .... jauhnya tangkap.
Bharian - [...]Polis kesan cubaan tipu babitkan empat individu di tiga negeri
"Proses pengundian serta ketenteraman dan keselamatan awam tidak boleh sekali-kali dikompromi. SPR amat dukacita atas keputusan yang dibuat ini.
“Namun begitu, demi menunaikan kewajipan dan tanggungjawabnya dalam menjamin kelancaran proses pengundian, dan demi ketenteraman dan keselamatan awam, SPR perlu mengambil keputusan tegas dan muktamad ini," katanya pada sidang media di Pusat Media SPR di sini, semalam.
Turut hadir, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. ....Selanjutnya
Kediaman Pengerusi SPR disimbah cat merahUntuk menyokong tindakan batal itu, maka Pak Lah pun turut keluarkan kenyataan. Menjadikan cadangan yang diusul oleh 3 ekor buruk kakak tua itu bertambah kukuh apa bila seekor burung gagak bertindak setuju dengan cadangan burung kakak tua itu tadi ...... begini cerita nya..
Utusmeloya - [...]Ketika sibuk mengendalikan persiapan Pilihan Raya Umum Ke-12, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman dikejutkan dengan kejadian tembok pagar rumahnya disimbah cat merah hari ini.
Perbuatan menyimbah tiga tin kecil cat merah di depan rumahnya di Lorong Bukit Pantai 7, Lembah Pantai itu dipercayai dilakukan tiga lelaki kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi. ...selanjutnya.
Batal guna dakwat bukan keputusan kerajaan: PMUsul batal tidak disertai bukti, maka pada awal Persidangan dewan 2008, isu ini menjadi perhatian ..... Ahli Dewan yang dipenuhi oleh Parti Pembangkang mempersoalkan kesahihan bukti yang membawa kepada pembatalan ...
Bharian - [...] “Saya sudah bagi tahu Datuk Radzi (Setiausaha Barisan Nasional, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad) supaya mendapatkan penjelasan daripada SPR kerana ini bukan kita punya kerja. Saya diberitahu, ini adalah keputusan dibuat SPR.
“Saya pun mahu mendengar maklumat lanjut daripada mereka. Saya harap mereka (SPR) patut panggil ketua atau wakil parti untuk beri penerangan supaya tidak ada perkara yang tak baik berlaku (ekoran pembatalan itu),” katanya . ...selanjutnya
SPR Batalkan Dakwat Kekal Berdasarkan Desas-Desus SemataKenyataan ini dikukuh kan dengan kegagalan polis memberikan bukti bukti penyeludupan dakwat seperti yang didakwa oleh Musa Hassan pada awalnya. Dan selepas para kepimpinan mula bersandiwara, melakukan cerita kanak kanak, bertajuk...."aku betul kau salah" Dialog pelakun pertama pun bermula ....
Suarakeadilan - Dalam jawapan bertulis Menteri Dalam Negeri Syed Hamid Albar kepada MP Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah), beliau menjelaskan SPR dan kerajaan tidak mempunyai bukti kukuh ketika membuat keputusan tersebut.
Pada 4 Mac lalu, SPR mengumumkan keputusan saat-saat terakhir membatalkan dakwat kekal atas alasan keselamatan. Pengunaan dakwat kekal ini dituntut Pakatan Rakyat dan Gabungan Pilihanraya Bersih & Adil (Bersih) bagi menyekat penipuan pilihanraya khususnya pengundi hantu.
Ketika membatalkan pelan tersebut, Pengerusi SPR Rashid Abdul Rahman berkata keputusan itu dibuat berdasarkan laporan polis mendakwa sebilangan pihak telah membeli dakwat-dakwat kekal dari luar negara untuk menipu dalam pilihanraya....selanjutnya.
SPR: Kabinet batalkan dakwat kekalKemudian Dialog pelakun kedua pun menyusul........lagu yang sama "Aku yang betul, kau yang salah" ....
malaysiakini - "Saya belum menyatakan sebelum ini bahawa yang sebenarnya terjadi ialah kabinet telah menolak cadangan kami (untuk memperkenalkan dakwat kekal) pada 13 Februari, hari parlimen dibubarkan," kata pengerusinya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman di seminar mengenai pilihanraya umum 2008 di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) hari ini (foto kanan).
SPR, katanya, sudah bersedia memperkenalkan langkah tersebut demi menolak keraguan orang ramai tentang pengundian berganda.
"Kami menerima tekanan dari banyak pihak (untuk melaksanakan dakwat). ...seterusnya
PM: Batal dakwat budi bicara SPRDan seterusnya kita saksikan lah lakunan badut badut ini.. kekadang kalau dunia ni sunyi sangat pun tak seronok. Nak kena ada cerita lawak lawak cam ni. Kena tanya otai otai raja lawak untuk adili ... siapakah yang lawak diantara mereka mereka ini.
Malaysiakini - [...] "Memang perkara itu menjadi tajuk yang dibincangkan dalam Kabinet sebab kita ada beberapa maklumat berkaitan perkara ini, antaranya ada pihak-pihak tertentu yang telahpun membeli dakwat ini walaupun mereka tidak ada kuasa untuk membelinya.
"Dan kita mencurigai bahawa dakwat itu akan digunakan dengan cara-cara yang boleh mengelirukan dan menimbulkan keadaan yang boleh menyulitkan, boleh membawa masalah kepada proses pengundian yang berlaku pada hari itu," katanya.
Menurut laporan Bernama, Abdullah berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman semalam, bahawa penggunaan dakwat khas itu tidak diluluskan oleh Kabinet walaupun telah dipersetujui oleh SPR....selanjutnya
1 comments:
aku ingin nak tau...adakah dakwat dah dibeli,berapa harga,nak buat apa dgn dakwat tu?,atau rashit ambik dakwat tu simbah kat rumah dia sandiri.ada lapuran audit utk duit dakwat...
Post a Comment