Utusmeloya - Hasrat seorang warga emas Mohamed Nor Awang, 57, untuk bernikah dengan bakal isteri keempatnya pada hari Jumaat ini terpaksa ditangguhkan selepas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shaikh Ahmad Ismail tidak berpuas hati dengan afidavit tambahan yang dikemukakan olehnya hari ini.
Hakim Syaikh Ahmad mengambil keputusan untuk menangguhkan keputusan perbicaraan kes permohonan poligami Mohamed Nor untuk bernikah kali keempat pada 5 Jun ini, bagi memberikannya peluang mengemukakan saksi untuk menyokong keterangan bahawa dia mempunyai kemampuan kewangan dan diri untuk berbuat demikian.
Sebelum itu, Mohamed Nor ketika membacakan afidavit tambahannya memberitahu mahkamah bahawa dia berkemampuan daripada segi kewangan untuk berkahwin seorang lagi walaupun dalam sebutan kes sebelum ini dia memberitahu mempunyai pendapatan sebanyak RM1,500 sebulan.... selanjutnya.
May 18, 2008
Warga emas terpaksa tangguh hasrat bernikah kali keempat
Labels: Berita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Dengan pendapatan RM1500,nak berbini sampai Empat,pelik benar bunyinya,nak makan apa?
Tak de ke idea lain,yg lebe baik dari itu..
Cukup cukup le,tak de banga klu setakat kejayaan mcm tu.
Post a Comment