bernama - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad mencadangkan agar warna dakwat kekal untuk menanda jari pengundi semasa proses pilihan raya dirahsiakan.No2umnO - Nampaknya shahrir samad ni lari dari tajuk .... bukan soal warna, tapi memang SPR tak mahu gunakan. Samaada SPR takut dengan kabinet atau SPR sendiri tak berani nak terima kenyataan. Backfire...dek orang atas. Tapi yang pasti ..... alasan yang tidak logik dan bodoh digunakan. Akibatnya bila diminta penjelasan, jenuh tunjuk sana, tunjuk sini. Akhirnya berkecamuk. Beri mereka 2 bulan dan semua keadaan menjadi normal. Biasa lah ... hangat hangat tahi ayam. Panas sekejap. Rashit pasti letak jawatan. Digantikan dengan orang yang lebih kurang sama. Aiii ... biasa dah.
Selain hitam, warna lain yang unik seperti merah jambu atau ungu boleh digunakan, katanya ketika diminta mengulas mengenai pembatalan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya 8 Mac lepas.
"Kita pilihlah warna yang unik kepada kita, janganlah pilih hitam sahaja, hitam semua orang boleh buat," katanya kepada pemberita selepas sambutan ulang tahun ke-28 Persatuan Pemborong Ikan Johor Baharu di sini hari Ahad.
"Jangan beritahu sesiapa warnanya sehingga pilihan raya diadakan," katanya. Tahun lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju melaksanakan penggunaan dakwat kekal itu dalam pilihan raya umum ke-12 tetapi kemudian membatalkannya empat hari menjelang pengundian atas alasan keselamatan.
Kira-kira RM2.9 juta dibelanjakan untuk membeli 48,000 botol dakwat tidak mudah padam dari India tetapi pelaksanaannya dibatalkan kerana bimbang wujud unsur sabotaj seperti yang dikesan oleh polis.
May 18, 2008
Shahrir Cadang Warna Dakwat Dirahsiakan
Labels: Belit SPR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment