KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Nov 29, 2008

Ayah Pin Turun ke bumi untuk Pemilihan UMNO?

kombimalaysia | ...Mereka semua tidak bekerja kerana hanya bekerja terus dibawah Allah! MasyaAllah! Sewaktu berbual itu, salah seorang mereka berkata,"Ada Rijal Al Ghaib hadir bersama kita!"Dia pun bercakap sesuatu kepada yang ghaib itu dan 'menterjemah' kembali kepada saya setiap soalan dari Rijal Al Ghaib.....naik meremang bulu roma. Allahualam. Menurut Rijal Al ghaib yang hadir itu, salasilah keturunan saya dari Shaikh Sayyid 'Abd al-Qadir al-Jilani. MasyaAllah!Ketika itu saya tidak terdengar pun mengenai Ayah Pin. Teringat yang salah seorang dari mereka pernah memberikan telefon untuk bercakap dengan seorang 'tukang kayu' dari Trengganu.

Tukang kayu yang hebat kerana pernah sendiri pergi ke langit sana.Saya membuat anggapan kemudiannya, setelah kisah Ayah Pin menjadi hangat selepas tahun 2000, mungkin itu Ayah Pin, hanya Allah yang mengetahui kerana saya sudah terputus hubungan dengan kumpulan ini sebaik berhijrah ke UAE.Saya akan ceritakan pengalaman hampir setahun dengan kumpulan yang semua ahlinya mahu jadi Rijal Al Ghaib ini.

Malah ada membantu mereka berniaga dengan memberi maklumat mengenai dunia IT.Kini Ayah Pin dikatakan muncul kembali, apakah kena mengenai dengan pemilihan hebat dalam UMNO? Setahu saya, berkenalan dengan kumpulan tersebut, mereka semua adalah ahli UMNO yang setia dan percaya Dr. Mahathir itu diterima oleh kerajaan langit, manakala TG Nik Aziz dikatakan ditolak oleh kerajaan langit!.. more.

1 comments:

mountdweller said...

Kah kah.... panggil tuhan dari langit untuk merestui perhimpunan UMNO?

Posting terkini

Blog Archive