msomelayu - [...] Inilah rakaman yang dibuat oleh akhbar Utusan Malaysia di muka surat 9 hari ini. Gambar ini merakam betapa kalutnya orang ramai mencuri peluang untuk mengisi minyak dengan harga lama sebelum dikuatkuasakan kenaikannya malam tadi.
Mereka sanggup berbaris panjang, berasak dalam kesesakan, terpaksa sampai lewat ke rumah, ketinggalan waktu solat, melepaskan peluang untuk makan bersama anak dan isteri semata-mata ingin mencari sedikit untung.
Kenaikan sebanyak RM0.78 sen bagi petrol dan RM1.00 bagi diesel adalah tinggi bagi rakyat. Betapa naifnya kantung rakyat Malaysia kalau kerana mengharapkan penjimatan sebanyak 78 sen atau RM1 mereka terpaksa mengorbankan segala-gala itu!... selanjutnya.
no2umnO - Kereta wak ada sticker KEADILAN dan PAS. Ketika memasuki ruang stesyen minyak semalam, ramai yang pandang. Dan wak terpaksa berderet kerana tidak bersetuju dengan peningkatan harga minyak. Kalau setuju, sudah pasti wak akan menanti esoknya saja. Yang sedang bermain di dalam kepala otak wak ketika itu, ada beberapa orang pemimpin UMNO setempat, turut beratur panjang bersama sama mahu mengisi minyak dengan harga lama ..... Ingat kot mereka setuju dengan kata pemimpin mereka?
Jun 5, 2008
APAKAH IANYA 'MALA FIDEL' ATAUPUN REALITI?
Labels: Minyak naik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment