Satu panggilan lagi untuk pejuang pejuang bersih ..... baca lah sini
Ribuan orang akan digerakkan untuk menyertai protes membantah kenaikan besar harga minyak di Menara Berkembar Kuala Lumpur pada jam 3 petang 12 Julai.dan ini berita perhimpunan secara runcit rakyat Malaysia...
Penganjur Gabungan Anti-Inflasi (Protes) berharap dapat menghimpun 100,000 orang untuk mendesak kerajaan supaya mengurangkan harga minyak ke paras asalnya, sebelum ini.
"Kami percaya, dengan kenaikan drastik harga minyak, kami akan mendapat sokongan rakyat...
"Ini tidak sama dengan perhimpunan anjuran Bersih. Ia akan lebih besar. Impaknya juga akan lebih besar," kata penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli dalam sidang akhbar hari ini.
Hatta menjelaskan bahawa Menara Berkembar KLCC dipilih sebagai tempat protes tersebut kerana ia merupakan ibupejabat syarikat minyak negara, Petronas.
Menurutnya, Malaysia adalah sebuah negara pengeluar minyak dan keuntungan yang dicatatkan oleh Petronas sepetutnya digunakan untuk meringan beban rakyat, akibat kenaikan harga minyak - malaysiakini
Kira-kira 100 orang lagi berhimpun di situ sambil menyaksikan protes tersebut diadakan.
Peserta protes tersebut berarak kira-kira 200 meter sebagai tanda kemarahan mereka dengan kenaikan 41 peratus harga petrol yang berkuatkuasa tengah malam tadi.
Protes tersebut yang diketuai oleh Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai diawasi oleh kira-kria 15 anggota polis, termasuk enam anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU). - malaysiakini
0 comments:
Post a Comment