harakahdaily - [...] "Jika kerajaan boleh buat keputusan melalui kuasanya tanpa mengambil kira nasib rakyat maka rakyat juga boleh menunjukkan kuasa melalui suara protes mereka.Keputusan naik dan turun ini berada di tangan kerajaan maka rakyat mestilah menunjukkan bantahan yang di buat secara menyeluruh di seluruh negara.
"Jika Perdana Menteri 'merayu' supaya rakyat untuk tidak berdemonstrasi maka rakyat juga boleh berdemonstrasi untuk 'merayu' supaya kerajaan menurunkan harga minyak," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.
Tambahnya, keputusan kerajaan untuk mengikut harga pasaran dunia telah dilaksanakan oleh kebanyakan negara namun bezanya kadar gaji penduduk negara-negara itu melebihi penduduk di Malaysia yang secara tidak langsung tidak membebankan kos kehidupan.
"Memang kerajaan ikut sistem negara luar yang tidak memberi subsidi seperti Singapura tetapi penduduknya mendapat gaji berlipat kali ganda dan taraf hidup mereka lebih stabil berbanding rakyat kita yang semakin lama semakin teruk keadaannya," katanya ... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
6 hours ago
1 comments:
Untuk orang BN
Kecoh minyak naik !! nak buat apa kecoh, kan pilihan sendiri, itu yang kita hendak, ada orang dah bagi peringat tapi kita pilih juga pilihan tu so inilah hadiah yang teristimewa dari pembela bangsa. Pasni bagi kereta 2000cc kebawah tu isi minyak sebulan RM52.00 jer tau jadik tak le terasa kenaikan sebab nanti pas setahun dapat balik RM625.00. Jom kita reramai nantikan pulak kenaikan letrik dan barang-barang keperluan lain. Eh!! kalau orang ada kereta atau motor dapat cash, orang yang tak ade camana? Tambang bas atau teksi pasni sure naik punya, tiket bas, tiket LRT atau resit teksi boleh claim balik ke gamaknye.
Bagi PR
Licinkan segala muafakat, rakyat dah tak tertahan dengan penindasan demi penindasan. Percepatkan proses pengambilalihan.
Post a Comment