malaysiakini - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor menegaskan bahawa sehingga ke hari ini tiada seorang pun di kalangan pimpinannya - dari peringkat bahagian hingga negeri - yang mengikut langkah Ezam Mohd Nor menyertai Umno.
"AMK Selangor masih utuh menjadi benteng hadapan parti, kerajaan negeri dan rakyat," kata Ketua AMK Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainudin.
"Kami yakin bahawa pimpinan dan ahli parti adalah matang. Mereka menyertai parti bukan hanya kerana individu tetapi kerana berpegang kepada prinsip dan matlamat parti.
"Pemimpin datang dan pergi. Patah tumbuh, hilang berganti. Ini bukan pengalaman kali pertama PKR. Parti tetap terus bergerak dan berkembang," katanya dalam satu kenyataan.
"(Datuk Seri) Anwar Ibrahim juga akan pergi suatu hari nanti. Kekuatan PKR bukan semata karisma Anwar atau pemimpin lain.
"Kekuatan utama PKR adalah konsep parti pelbagai kaum yang merentasi lapisan kelas masyarakat yang berjaya ditonjolkan dengan jelas melalui formula Anwar," tambanya.... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
6 hours ago
0 comments:
Post a Comment