Tranungkite | " Pada 22/11/08 kami sekeluarga,pergi melawat Masjid Kristal dan berhajat solat zohor disana...
semasa solat aku.berasa tidak selesa kerana karpet di masjid ini berbau masam...dan apabila sesudah solat aku tgk keatas dan dapati siling masjid bocor...
cuba korang bayangkan MASJID KRISTAL yang harga berjuta ringgit tapi tak sampai setahun dah bocor ..teruk
nak tengok gambar...sila klick pada link dibawah...
Saya berharap ada pihak Mengambil tindakan Segera...
untuk gambar lain .... KLIK SINI
Nov 24, 2008
Masjid Kristal 'BOCOR'
Labels: masjid Kristal
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apr 10, 2008
MASJID PATRICK LIM TERSASAR ARAH KIBLAT
kiblat masjid kristal yg SALAH.........
Melayuhot - Umum terutamanya dari Terengganu termaklum bahawa arah kiblat Masjid Kristal yang bertemakan TAMAN TAMADUN ISLAM terletak di PULAU WAN MAN, KUALA TERENGGANU, MALAYSIA, tersilap arah kiblatnya.Saya pada awalnya kurang percaya, masakan masjid yang dibina dengan kos lebih dari RM360 juta boleh tersilap arah kiblatnya.
Pagi tadi masa dalam perjalanan ke pejabat bersama dengan rakan yang berasal dari Terengganu, saya pun bertanyakan kepada sahabat saya ini untuk mendapatkan kepastian samada benar atau tidak arah kiblat Masjid Kristal ini silap. Beliau dengan yakin menyatakan memang arah kiblat Masjid Kristal silap kira-kira 30 darjah dari posisi sebenar.
Beliau berkesempatan bersembahyang berjemaah disana sewaktu pulang untuk mengundi sebelum 8 Mac yang lalu. Setelah azan Asar, ramai pelawat sembahyang berjemaah di masjid itu. Sememangnya mereka tidak menyedari bahawa arah kiblat silap.
Setelah selesai bersembahyang disana, rakan sahabat saya ini yang berasal dari Terangganu memanggil beliau untuk menunjukkan sesuatu. "Cuba kau lihat arah matahari, bukan ikut kebiasaan ditempat kita bukan?" Rakan saya terperasan bahawa kedudukan matahari berada pada kedudukan 30 darjah diluar dari posisi arah kiblat yang sebenar berbanding dengan arah kiblat Masjid Kristal Pulau Wan Man.
Tetapi jika masjid ini hanya sekadar didirikan untuk dijadikan sebagai tarikan pelancung dan bukan untuk bersolat, maka arah kiblat bukan soal yang tersangat penting.
No2umno - Benda ni mungkin tak perasan pada mereka yang sudah pun pergi ke sana. Tapi wak nak ingatkan sikit tentang hari kiamat. Hilangnya Amanah Merupakan Tanda Kiamat, yang salah satu cirinya adalah dipegangnya amanah oleh yang orang-orang bukan ahlinya dalam masalah tersebut.
“Ketika amanah telah disia-siakan maka tunggulah tibanya Kiamat.
” Kata para sahabat ra: Bagaimanakah disia-siakannya wahai rasuluLLAH?
Jawab nabi SAW: “Ketika suatu urusan dipegang
oleh yang bukan ahlinya maka tunggulah tibanya Kiamat.’”
(HR Bukhari dalam Fathul Bari’ hadits no. 59 dan 6496)
Labels: masjid Kristal
cilok & ciplak by radenjowo 8 comments
Feb 16, 2008
Jelmaan Wajah Misteri Masjid Kristal Patrick Lim
by YuHuuWeee
Seorang pelancong asing datang ke Pulau Wan Man dan merakamkan video Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Terengganu. Pulang ke hotelnya, dia terkejut apabila melihat imej aneh pada kubah masjid tersebut. Kenapa jadi begini? Masjid jutaan ringgit yang tidak boleh ditunaikan solat Jumaat di dalamnya ini menjadi satu peringatan dan tanda amaran buat Idris Jusoh
Labels: Aneh, masjid Kristal
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Feb 5, 2008
KOMEN TENTANG MASJID KRISTAL
dari Pelayar yang tidak dikenali,
Assalamualaikum saudara..aku dtg mnjnguk blog ni sbab nk perbetulkan artikel yang ade kt sini.Masjid kristal mmg sebuah masjid&tmpt utk solat..sbenarnye masjid tu blum smpurna lg sbb tu rakyat tidak dapat solat pada ari jumaat aritu.Dlm masjid masih blum bersih&sound system masih blum ok sebab tu tidak dengar laungan azan dari masjid tu.Masjid tu t'paksa di rasmi kan di sbab kan dah dekat nak mengundi..saudara faham kan motifnye.tapi pada ari sabtu 2/2/08 aku menunaikan solat maghrib kat masjid kristal tu,tahap kebersihan dalam masjid belum cukup sempurna dan soundsystem tak berapa bagus lagi.Bagi aku masjid yg berharga 27juta memang membazir sebab masjid tu kecik,mungkin tidak dapat menampung makmum pada solat jumaat.Harap maaf menegur artikel saudara kerana aku tak nak ade yang salah faham dan aku sebagai rakyat terengganu wajib untuk menegur saudara.Aku pun 1 aliran dengan saudara tapi yang salah wajib di tegur.
February 5, 2008 10:38 AM
Labels: masjid Kristal
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments


