KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Nov 24, 2008

Raja Petra Mahu Azilah, Sirul Azhar

Penulis blog Raja Petra Kamaruddin yang menghadapi pertuduhan memfitnah Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Timbalan Perdana Menteri dan dua lagi dalam satu akuan berkanun (SD), hari ini meminta Mahkamah Sesyen di sini mengeluarkan sepina terhadap dua anggota polis.

Peguamnya Manjeet Singh Dhillon berkata pihak pembelaan telah mengemukakan permohonan kepada mahkamah pada 20 Nov supaya mengeluarkan sepina terhadap C/Insp Azilah Hadri dan Kpl Sirul Azhar Umar, yang beliau ingin panggil sebagai saksi pembelaan dan juga untuk tujuan pengenalan dalam kes pendakwaan.

Manjeet berkata pembelaan menyenaraikan enam saksi termasuk Azilah dan Sirul Azhar. Kedua-dua mereka telah diperintahkan membela diri terhadap pertuduhan membunuh wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu di Mahkamah Tinggi Shah Alam mulai 15 Jan tahun depan.

Beliau turut memohon mahkamah supaya menangguhkan perbicaraan kes Raja Petra sementara menunggu keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam berhubung keterangan pembelaan Azilah dan Sirul Azhar.... more.
Kah kah kah ..... jerat dia bro ... kalau boleh tengok muka dia sekali. Camana rupa agaknya.
Ada iras iras ... bik mama tak?

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive