KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 5, 2008

Perhimpunan tak perlu permit - MB Selangor



LANGKAH BERJAGA-JAGA... Menjelang perhimpunan anjuran Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) yang dijadualkan berlangsung di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya esok (Ahad), polis memulakan pemeriksaan ke atas kenderaan yang menuju ke ibu negara sejak awal pagi ini.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar , perhimpunan yang pada mulanya dirancang diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya telah ditukar lokasinya setelah beliau menasihatkan penganjurnya agar memilih kawasan yang lebih sesuai agar tidak mengganggu kententeraman awam.

Perhimpunan itu diadakan bertujuan membantah kenaikan harga minyak yang membebankan rakyat.

Polis telah pun menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan tersebut dan mencadangkan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya tidak membenarkan perhimpunan itu diadakan.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Ahli-ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan bagi penggal 2008/09 di sini, Menteri Besar Selangor berkata perhimpunan esok tidak memerlukan permit kerana ia akan diadakan secara tertutup di dalam stadium.
Anwar dijangka berucap pada perhimpunan itu, sekali gus memulakan kempen jelajah seluruh bagi menjelaskan dakwaan terbaru dilalui beliau.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive