harakah | ....Sehingga berita ini ditulis jam 7.15 petang Blogger Raja Petra Kamaruddin masih berada di Balai Polis Sentul petang kerana memberi keterangan berhubung akuan berkanun yang dibuatnya yang mencetuskan kontroversi.
Akuan berkanun itu mendakwa isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ada kaitan dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu malah Rosmah didakwa berada di tempat kejadian sewaktu pembunuhan itu berlaku.
Raja Petra mula memberi keterangan mulai jam 5.20 petang dengan ditemani oleh seorang peguamnya. Beliau hadir bersama isterinya, Marina Lee Abdullah, Exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liu serta kira-kira 50 orang penyokong Raja Petra yang berkumpul di perkarangan balai tersebut. Image
Para penyokongnya masing-masing kelihatan memakai baju-T berwarna kuning dengan tertera gambar Raja Petra serta tulisan 'Justice For Altantuya.'
Sementara itu, berada sedikit kekecohan di mana para penyokong tidak berpuas hati dan bertengkar dengan tindakan beberapa anggota polis yang melarang mereka berada di perkarangan balai polis tersebut namun tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku.... selanjutnya.
Jul 5, 2008
Raja Petra masih beri keterangan, berlangsung lebih dua jam
Labels: Raja Petra
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment