KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 5, 2008

Raja Petra selesai beri keterangan

malaysiakini | .... Pada kira-kira jam 5.40 petang, lebih kurang 20 orang lagi penyokong Raja Petra sampai ke balai tersebut, menjadikan jumlah mereka meningkat kepada 50 orang.

Sebahagian daripada mereka kelihatan memakai baju-T berwarna kuning dengan tertera gambar Raja Petra serta tulisan JUSTICE FOR All...tantuya.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Raja Petra berkata, polis mengambil kenyataannya mengikut Seksyen 112 berkaitan dengan laporan polis yang dibuat terhadapnya oleh Pejabat Peguam Negara (AG)

Menurutnya, laporan tersebut dibuat oleh pejabat AG pada 20 Jun lalu mengikut Seksyen 203 Kanun Keseksaan, iaitu jenayah membuat pengisytiharan palsu.

Bagaimanapun, katanya, soal siasat hari ini lebih bertumpu kepada siapakah yang memberi maklumat kepadanya.

raja petra kamaruddinKatanya, polis juga ingin tahu sama ada beliau telah memberi kebenaran kepada Malaysiakini untuk menyiarkan akuan berkanunnya itu.

"Mereka juga mahu tahu mengenai lamanweb yang bernama Bigdog.com," katanya.

Ekoran itu, katanya, beliau bertanya kepada mereka sama ada siasatan hari ini mengenai akuan bersumpahnya atau mengenai Malaysiakini ataupun lamanweb Bigdog.com

Bagaimanapun, katanya mereka tidak menjawab.

Katanya, mereka juga bertanya sama ada beliau boleh mendedahkan sumber maklumatnya.

"Saya beritahu mereka bahawa saya tidak boleh mendedahkannya demi keselamatan pemberi maklumat tersebut," katanya.

Raja Petra juga berkata, mereka memberitahunya ada lagi laporan yang akan dibuat terhadapnya dan mereka mungkin akan mendakwanya.

Katanya, beliau memberitahu mereka yang beliau bersedia dihadapkan di mahkamah.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive