suarakeadilan | Penyiasat persendirian yang mendedahkan seks Timbalan Perdana Menteri Najib dan Altantuya Shariibuu telah hilang dan tidak ditemui selepas mendedahkan Perakuan Sumpah kepada media 3 Julai lalu.
Balasubramaniam a/l Perumal dilaporkan hilang oleh anak saudaranya Kumaresan a/l Ramakrisnan di Balai Polis Brickfields pada jam 5 petang tadi. Turut hilang adalah isteri dan empat orang anaknya masing-masing berumur 2 tahun, 5 tahun, 9 tahun dan 11 tahun.
Kumaresan ditemani oleh peguam N Surendran, Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua, Ahli Majlis Tertinggi KeADILan S Manickavasagam, dan penyelaras Hindraf S Jeyathas. Menurut Kumaresan, beliau bimbang kerana kehilangan seperti ini tidak berlaku sebelum ini kerana Balasubramaniam amat rapat dengan dirinya.
Balasubramaniam adalah saksi penting kepada pertalian Najib dan Altantuya. Perakuan Sumpah beliau mendedahkan Najib telah mengenali Altantuya bahkan pernah menyetubuhi wanita Mongolia itu. Menurut Balasubramaniam, Altantuya sedia diliwat oleh Timbalan Presiden Umno itu.
Altantuya diculik oleh dua orang pengiring Najib, Azilah Hadri dan Sirul Azhar, sebelum kepalanya ditembak dan mayatnya diletupkan pada 19 Oktober 2006.
Balasubramaniam keesokan harinya menarik balik perakuan sumpah itu tanpa pengetahuan peguamnya. Perakuan hubungan seks itu ditarik balik. Balasubramaniam hilang tidak lama kemudian.
Berita penuh akan menyusul
0 comments:
Post a Comment