KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 5, 2008

Pas tetap pendirian ... Utusan belit

harakahdaily | ....Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor tidak pernah mengeluarkan kenyataan merestui atau tunduk kepada kehendak pihak tertentu mengundang artis ratu rock, Ella dan ratu dangdut, Mas Idayu dalam konsert malam Ahad ini.

Ketua Penerangannya, Sani Hamizan berkata, Dewan Pemuda Selangor menyangkal sama sekali laporan media khususnya Utusan Malaysia, 5 Julai (Pemuda PAS akur kehadiran Ella, Mas Idayu).

"Kami akan tetap meneruskan bantahan dengan mengedarkan risalah berhubung gejala sosial di hadapan stadium Shah Alam sebagai tanda bantahan kami," tegasnya.

Sebelum ini Pemuda PAS diketuai Ustaz Sallehen Mokhyi telah menyerahkan memorandum kepada Setiausaha Politik, Nik Nazmi Nik Ahmad di tingkat 20, Pejabat Menteri Besar, 16 Jun lalu.

Beliau yang ditemui di Majlis penyerahan watikah pelantikan ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan kesal dengan sikap pihak Kerajaan Negeri yang seolah-olah tidak bersungguh-sungguh untuk menguruskan pertemuan dengan Tuanku Sultan.

"Kami bersedia untuk merapat sembah Tuanku Sultan bagi memberi pandangan dan menjelaskan keadaan sebenar, tetapi tidak diuruskan oleh pihak kerajaan Negeri," katanya.

Sebagai jalan terakhir Pemuda PAS Selangor telah menunaikan solat hajat bermula malam tadi supaya Allah menghindarkan bala atau kemurkaan terhadap seluruh rakyat negeri Selangor.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive