KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Geramm. Show all posts
Showing posts with label Geramm. Show all posts

Jul 6, 2008

2000 orang di Stadium MBPJ setakat ini

suarakeadilan |

Pada pagi ini sahaja, lebih 2000 orang berhimpun di Stadium MBPJ Kelana untuk Protes Sejuta Rakyat Membantah Kenaikan Minyak. Keadaan tenang dan aman tanpa sebarang gangguan. Pihak polis pada pagi ini memberi kerjasama yang baik kepada penganjur.

Desas-desus mengatakan askar akan dikerah juga tidak terbukti setakat ini.

Protes Sejuta Rakyat anjuran Gabungan MemPROTES Kenaikan Harga Minyak (Protes) menggemblengkan segenap warga Malaysia yang prihatin dan terkesan dengan tindakan kerajaan BN menaikkan harga minyak. Ia diadakan bermula jam 10 pagi hingga 12 malam dan menampilkan pelbagai aktiviti seperti taklimat umum, persembahan muzik dan seni.

Protes adalah hasil kerjasama badan bukan kerajaan (NGO), gerakan sivil, KeADILan, Pas dan DAP. Protes kehadapan dalam mengadakan siri-siri perhimpunan aman membantah kenaikan minyak sejak 2006. Protes komited kepada Artikel 10 Perlembagaan yang menjamin kebebasan bersuara dan berhimpun di tempat awam. Protes menolak pendekatan ganas.

Kuala Lumpur dan Lebuhraya Persekutuan pagi ini lengang tidak seperti hari Ahad yang biasa di minggu-minggu lain. Jalanraya kosong dari kereta persendirian mahupun motorsikal.

Polis mengadakan sekatan jalanraya di merata-tempat, dipercayai menanti kehadiran Sejuta Rakyat yang akan turun berhimpun secara aman di Stadium MBPJ, Kelana Jaya hari ini. Lalulintas menghadapi sedikit kesulitan di Gerbang Kuala Lumpur-Petaling Jaya, Damansara menuju Kelana Jaya, dan Kelana Jaya menuju Damansara.

Selain dari sekatan jalanraya, van-van hitam bercermin gelap kelihatan berbondong-bondong bergerak menuju kearah Petaling Jaya dari Kuala Lumpur. Balai Polis Brickfields juga kelihatan sibuk dengan kehadiran trak dan kenderaan polis yang lebih banyak dari kebiasaan.

Di Brickfields pula, keadaan ceria dengan wabak merah kelihatan dimana-mana. Orang-ramai berbaju merah terang dan merah gelap, Melayu, Cina, India, orang tua dan muda kelihatan di kedai-kedai makan dan gerai nasi lemak.

Geram 5 Kemarahan.

Geramm |

Kecewa? Marah? Geramm kerana minyak petrol naik harga sedang menjadi-jadi di seluruh dunia. Demonstrasi sedang merebak di merata-rata kota dalam dunia. Marah yang menyirapkan darah rakyat Malaysia ada puncanya. Malaysia sebagai negara pengeluar minyak tetapi harga minyak mahal. Kenapa ini berlaku? Inilah soalan yang menyirapkan darah.



Soalan – kenapa ini berlaku? menjadikan orang ramai marah. Jawabnya, semua ini adalah hasil kerenah dasar ekonomi kerajaan di kuasai BN. Dasar ekonomi pembaziran selama 50 tahun ini telah membuat orang ramai marah. Kemarahan ini pasti menjemput orang ramai turun ke jalan raya untuk berdemo.
... selanjutnya.

Jul 3, 2008

LATIHAN POLIS DAN ASKAR HADAPI PROTES 6.7.08?

tranungkite -[...] Kerap kali kita menyaksikan bagaimana polis menonjolkan sikap 'bias' dan tidak profesional mereka dalam mengendalikan kes rasuah, jenayah dan salahlaku yang lain. Ternyata ada tiga set undang-undang di Malaysia Boleh ini. Satu untuk UMNO, satu untuk pembangkang khususnya PAS (DAP dan PKR tidak begitu ketara) dan satu lagi untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI).

Rakyat Malaysia yang terbuka mindanya akan berhimpun sejuta orang di Petaling Jaya pada 6hb Jun 2008 ini bagi menyatakan bantahan terhadap kenaikan harga minyak, kos sara hidup yang tinggi, dan kesempitan hidup yang semakin dirasai oleh rakyat marhaen di Malaysia. Kita menganggap pihak polis tidak mampu untuk menghadapi situasi ini dan kita yakin DS Najib telah mengarahkan askar supaya menghulurkan bantuan. Berdasarkan pengalaman, kita pasti polis akan menyekat kemaraan rakyat dari seluruh negara ke ibu kota pada hari tersebut.

Kemarahan rakyat ini diperkukuhkan lagi dengan peristiwa terbaru ciptaan UMNO tetapi memakai skrip drama yang lama terhadap DSAI. Rakyat yang prihatin sudah muak dan jemu dengan lakonan UMNO yang kononnya BPR akan menyiasat laporan yang dibuat oleh DSAI ke atas Musa Hasan dan Gani Patail secara profesional. Ya, kita akui mereka MUNGKIN siasat. Tapi siasat saja dan kertas siasatan akan dihumban ke dalam tong najis. Adapun laporan polis yang dibuat oleh pihak UMNO seperti dari Ezam, dan Saiful Bukhari itu akan diambil tindakan segera walaupun siasatan belum dibuat atau belum selesai.

Seperti biasa, media UMNO pun terus memalu kompang fitnah, pembelitan fakta dan provokasi bagi dihidang dan disantap oleh minda orang-orang melayu UMNO yang entah dari keturunan melayu mana akan menerima saja berita dari pemimpin mereka. ... selanjutnya.

Jun 28, 2008

Tahanan “Peace Walk” dakwa didera Polis

Geramm - [...] Dalam laporan berkaitan, beberapa peserta yang ditahan mendakwa telah didera oleh polis dengan kesan lebam dan bengkak yang ketara. Gambar-gambar sempat dihantar kepada pihak media GERAMM sebagai membuktikan kekejaman polis dalam menangani peserta “perjalanan aman”




.... selanjutnya.

'Candle Light' untuk tahanan malam ini

Imagegeramm

Anda semua dijemput utk menyertai “Candle Light” untuk peserta Peace Walk Geramm Yang ditahan tegahari tadi, yang dijadualkan pada malam ini (28 jun 2008)

Butir-butir program :

Masa : 8/9 pm
Tempat : Balai Polis Dang Wangi(Depan Stadium Merdeka)
Tema : Merah (Pakaian berwarna MERAH)

The not so peaceful walk

joyce-tedoen

A member of GERAMM (www.geramm.org) was arrested after the supposedly peace walk.

lagi gambar menarik

'Peace Walk' ke Sogo

Peristiwa hari ini ....



Program yang berjalan secara aman (Peace Walk) yang telah diadakan pada 28 jun 2008 hari ini telah dikecohkan oleh polis malaysia yang ganas dan telah menangkap 2 orang peserta berhampiran komplek membeli belah sogo. Program tersebut bertujuan memberi maklumat berkaitan protes 1 juta rakyat berikutan kenaikan harga minyak melampau yang bakal diadakan pada 6 julai 2008 di padang timur petaling jaya.

Polis mula tahan peserta himpunan di Sogo

Imageharakahdaily - [...] Geram mengadakan himpunan hari ini dalam siri kempen Perhimpunan Sejuta Rakyat pada 6 Julai nanti.

Program ini adalah permulaan bagi himpunan 6 Julai ini dengan kali ini ia dilakukan dengan program berjalan secara aman (Peace Walk).

Program anjuran Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (Geramm) itu akan disertai oleh generasi muda yang terdiri daripada AMK KeADILan, Pemuda PAS dan Pemuda DAP.

Selain itu kumpulan NGO yang diterajui golongan muda seperti Karisma, PKPIM, Youth For Change, Dema dan Gamis menyertai program yang bertujuan membantah kenaikan harga minyak.

Perarakan tersebut bermula serentak di empat titik pertemuan iaitu di Ampang Park, Bukit Bintang, Puduraya dan PWTC menuju ke pusat membeli belah Sogo.

Hampir semua peserta memakai baju berwarna merah.

Kempat-empat tempat pertemuan ini disertai minima 50 orang anak muda yang bergabung dalam Geramm yang mengepalai himpunan ini.

Mengulas tindakan kasar pihak polis terhadap peserta himpunan itu, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad berkata, polis tiada berbincang langsung dengan peserta.... selanjutnya,

no2umno - lain kali protes projek babi selangor ... gerenti polis tak ganggu

Jun 26, 2008

Jom ber "PEACE WALK" Sabtu ini.

Aku diberitahu ... sebelum menyambut 5 Julai di Amcorp Mall. Acara memanaskan badan bakal di adakan pada 28. Jun ini. 'Berjalan Aman' kalau di terjemahkan di dalam bahasa Malaysia. Peace Run .... lain pulak jadinya. Silap silap 'run' kena kejar atau mengejar. Kena ikut serta ni. Jumpa kawan lama. Ambil gambar dan suka suka. rujuk [GERAMM ]

Anda semua dijemput utk menyertai program “Peace Walk” yang dijadualkan pada hari sabtu(28 jun 2008)

Butir-butir program
Date : 28 Jun 2008
Masa : 3 pm
Tempat : Sogo Kuala Lumpur
Tema : Merah (Pakaian berwarna MERAH)

Jun 17, 2008

KLCC atau Shah Alam?

Hari ini aku berjumpa dengan ajk Geramm ... diorang kata, mereka akan kumpul rakyat untuk protes minyak di Shah Alam. Korang kena bersedia, kita turun ke jalan. Tapi balik rumah aku baca berita ini pula....

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, polis akan menunggu untuk melihat sama ada penganjur satu lagi perhimpunan besar-besar membantah kenaikan minyak, yang dijadual diadakan pada 5 Julai depan, akan memohon permit atau tidak.

musa hassanBeliau menegaskan demikian ketika ditemui selepas majlis perasmikan mesyuarat peringkat pegawai-pegawai kanan negara-negara Asean (SOMTC), oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar di ibu negara pagi.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Perhimpunan besar-besaran membantah kenaikan harga minyak itu pada mulanya dirancang diadakan di ibu negara pada 12 Julai.

Bagaimanapun, tarikh itu telah dipercepatkan kepada 5 Julai. Ia akan diadakan di KLCC.... malaysiakini
Aku tak tau apa yang Musa Hassan tunggu. Orang lain sibuk nak buat kat Shah Alam, Musa Hassan ingat kat KLCC. Tak tau, sama ada aku kena tipu atau Musa Hassan yang keliru.

Jun 13, 2008

Siri Ceramah GERAMM di Selangor

Road Show GERAMM di Seluruh Negeri Selangor Darul Ehsan yang di adakan pada bulan ini. Diadakan Kearah 1 juta perhimpunan pada 5 Julai 2008 di ibukota.

21-Jun
Ceramah 100 Hari Pakatan Rakyat
Stadium Shah Alam
Halimey (019-2399809)

22-Jun
Ceramah GERAMM
Seksyen 24, S.Alam
YB Azmin/Yakkob/Tian Chua/Gobalakrishnan/Rodziah/Shamsul/Jonah/Hishamudin Rais
Hisham (016-2870947)

28-Jun
Ceramah GERAMM
Stadium Seksyen 15
YB Azmin/Yakkob/Tian Chua/Gobalakrishnan/Rodziah/Shamsul/Jonah/Hishamudin Rais
Hanapi (012-3051757)

29-Jun
Stadium Sungai Besar
YB Azmin/Yakkob/Tian Chua/Gobalakrishnan/Rodziah/Shamsul/Jonah/Hishamudin Rais
Fauzi (017-3030346)

Beberapa siri ceramah sepanjang bulan sedang di aturkan. Sebarang informasi terbaru berkenaan tarikh, lokasi dan penceramah akan di beritahu kelak.

Gerammmmmm nyer ...

Kerana geram, lawati laman web GERAMM. Minta turun harga minyak . Desak sampai sesak. Perlancarannya semalam..




selanjutnya di GERAMMMMMM

Posting terkini

Blog Archive