buletinonline - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Terengganu, ditahan polis jam 3.15 petang, hari ini, semasa menjawab beberapa soalan dari pihak media di Dataran Shahbandar Kuala Terengganu.
Sebelum itu beliau bersama rakan-rakannya telah berucap di masjid Ladang, sebelum beralih ke Dataran Shahbandar dalam himpunan aman membantah kenaikkan harga minyak.
Himpunan di kedua-dua tempat tersebut dihadiri lebih ramai pihak polis yang berpakaian ‘preman’ yang turut ‘standby’ dan bersolat Jumaat di masjid Ladang.
AMK yang berhimpun hari ini membuat beberapa tuntutan kepada kerajaan Pusat dan Kerajaan negeri Terengganu antaranya adalah menunutut kerajaan Malaysia menurunkan harga Petrol dan Diesel kerana Malaysia adalah diantara negara pengeluar minyak.
Selain itu AMK mendesak supaya kerajaan negeri Terengganu tidak menarik balik saman tuntutan berkaitan royalti minyak, terhadap Petronas dan Kerajaan Persekutuan kerana bimbang pengembalian royalti minyak yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak memenuhi hak rakyat Terengganu.... selanjutnya.
Jun 21, 2008
Cikgu Fariz Musa Di Tahan Polis
Labels: demo minyak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment